Sebab wanita cepat nampak tua?

Standard

Sharing dari “mukabuku”….

Ada segelintir kaum suami mudah mencari perempuan lain kerana menganggap isteri mereka sudah tidak cantik, nampak tua, gemuk.. Tapi tahukan anda semua wahai kaum suami sebab-sebab yang menjadikan para wanita khususnya isteri & ibu cepat nampak tidak menarik di mata anda?

1. Tahukah anda, jika kita makan dengan perlahan dan mengunyah makanan sehingga benar2 hancur, itu akan membantu proses
penghadaman kita, sekaligus mengelakkan kita gemuk.. tetapi kasihan kaum ibu ni, terpaksa makan laju2, telan terus tanpa sempat dikunyah kerana nak memujuk anaknya yang menangis. Tapi si suami..layan jer sambung makan, buat2 xdengar anaknya menangis. So, wanita pun mudah jadi gemuk sebab makanan x sempat nak hadam betul2.

2. Wanita juga mudah gemuk kerana sifat mereka yang tidak suka membazir. Makanan yang tidak habis dimakan oleh anaknya, maka dialah yg akan menghabiskannya pulak. Sayang katanya… takut membazir. Membazir tukan amalan syaitan. Si suami pulak dengan riaknya mengatakan “kau ni kuat betul makan!”

3. Bila anak menangis tengah malam nak minum susu, bapaknya akan tido mati terus.kalau yang dengar pun buat2 tido lena sbb malas nak bangun, malas nak ganggu tido nya.wanita lah yang dalam semalam, berapa puluh kali terpaksa bangun membuat susu utk anak.. Bila x cukup tido, mulalah muka nampak letih dan cepat nampak tua. Kedut2 pun mula wujud. Masa tu guna Total Effect ker, aper ker… xkan nak hilangnya. Petua utk cantik kan ada dua yang penting, minum air banyak & TIDUR SECUKUPNYA.

4. Dan bagi wanita yang berkerjaya, sudahlah penat bekerja utk membantu menambah pendapatan keluarga, bila balik rumah, semuanya dialah yang kena uruskan. Dengan perangai anak2, perangai bapaknya… nak itu, nak ini.. So, wanita pun membebel, marah2… dan bila marah2, banyak leter, so cepatlah jadi tua..

Kesimpulannya. ..wanita cepat tua & cepat gemuk adalah disebabkan LELAKI atau lebih tepat lagi SUAMI.. Oleh itu, hargailah segala pengorbanan isteri anda. Mungkin sekiranya sehari sahaja isteri anda tiada, dan anda perlu memikul tanggungjawab dia sementara, anda mungkin tidak mampu melakukan seperti dia lakukan.

Nah …..membaca tulisan di atas, saya sering terbayangkan episod-episod di kedai makan. Selalu saya lihat apabila tiba di kedai yg perlu layan diri, si bapa akan cepat2 cari tempat dan kemudian bersenang lenang labuhkan punggung. Anak2 bising melalak..bergaduh….eerrm…dia buat pekak je. SI ibu adalah yg paling sebuk. Pi ruang makanan..lepas satu pinggan ke satu pinggan di isi dan dibawa ke meja makan. Sambil tu sempat juga singgah order air pulak. Anak-anak yg tak boleh duduk diam maka akan berlari-larilah membontoti si ibu tadi sambil tarik2 baju nak itu nak ini. SI ayah buat apa?? Sambil pekakkan telinga……tekun je pula buka helaian suratkhabar. Kalau yg takde suratkhabar mulalah jari tu dok tet..tet..tet…menekan punat telefon bimbit.

Arrrgghh…geram je kekadang bila senario ni ada depan mata saya. Apalah salahnya sama-sama buat kerja tu. Kesihan si ibu yg di rumah pun busy dgn tugas melayan…di luar pun memikul tugas yg sama. Kalau si ayah ambil alih sekejap tugas tadi bukankah ia seakan reward utk si ibu? Lelaki oooii….berperasaanlah sikit. Tak ada salahnya menunjukkan kasih sayang kepada org rumah awak tu dikhalayak ramai.

Rasulullah SAW pun selalu dan sering menunjukkan kasih sayang pada isteri-isteri beliau tau.

p/s: bersyukur..kanda sering bantu dlm urusan kerja rumah. Juga selalu utamakan isteri dan anak2 ketika berada di khalayak.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s