Walimatul urus : Baim & Aini

Standard

Amboi…macam busy sgt saya nie hinggakan nak kongsikan detik gembira adik bongsu di blog ini pun mengambil masa hampir 6 bulan.

Adik bongsu saya Baim beza hampir 10 tahun dari saya. Menjadi posmen saya waktu bercinta-cintaan dgn kanda dulu-dulu. Tinggi dan kacak juga macam abah saya waktu muda-muda cuma hidungnya paling mancung dalam keluarga sebab masa berada dalam perut mak…cerita hindustan yg heronya Amitabh Bachan jadi favourite mak. Budak manja ni sampai kahwin stay dgn mak…jadi mak selalu doa dapat menantu yg boleh layan makan minum dia dgn baik. Duduk bujang?? pernah juga tapi tak lama…..balik semula rumah mak temankan kedua org tua saya walau terpaksa berulang Shah Alam ke Sepang.

Pada umur hampir 30 dah dua kali kecundang cinta….huhu. Akhirnya sudah tak mahu cari sendiri dan minta mak saja yg carikan. Ada juga cubaan mak mencouplekan dia dgn anak2 kawan mak tapi tak berapa nak berjalan lancar. Saya pula….masa mak khabarkan…saya sudah terbayang dua calon paling sesuai. Pertama..kawan lama saya dan kanda yg memang lebih muda dari kami dan sorang lagi kawan baik saya yg dah umpama adik sendiri cuma kini dara ni berada jauh di Saudi mencari rezeki.

Lepas bincang-bincang…cuba dgn yg pertama dulu…kalau tak berjaya saya cuba keneng-kenengkan pada yg kedua pulak.Yg pertama ni anak gadis yg baik dari keluarga yg baik-baik juga. Simple, berbudi-bahasa dan sangat humble. Kenalkan berdua melalui ‘mukabuku’ dan saya berdoa dari jauh semoga hubungan itu berjalan lancar.

Sudah jodoh agaknya….dalam diam menyulam cinta. Tahu-tahu dah mahu merisik dan bertunang. Mak bersyukur sangat. Adik saya Baim sudah bertemu jodohnya dan June 2012 dua hati disatukan dan dua keluarga yg asing kini membina persaudaraan.

Image

Untuk Baim…isteri itu pemberian Allah dan amanah untuk dirimu. Jaga amanah itu baik-baik sehingga nanti dikurniakan buah hati cinta sayang iaitu anak-anak sebagai penyambung kasih. Jadilah suami yg terbaik yg membahagiakan isteri dan anak-anak di dunia dan akhirat dgn kasih sayang menggunung. Kak long sangat yakin, adik kak long ini mampu menjadi ketua keluarga yg terbaik…ketua keluarga yg akan menjaga dan menjauhkan kesayangan-kesayangan jauh dari api neraka.

Untuk adik ipar Aini, terima kasih kerana memilih adik klong menjadi sebahagian dari hidupmu ya. Terima kasih kerana menerimanya seadanya dgn kekurangan yg dia punya. Beri peluang kepada kekurangan dan kelebihan bagi menjadikan hubungan ini dipenuhi keserasian.Semoga Aini menjadi suri yg terbaik buat Baim dan melayari kehidupan bersama dengan penuh kasih sayang sejati.

Image

Doa kak long sentiasa ada untuk Baim & Aini…juga untuk adik-adik klong yg lain….Fara & Syarif serta Azhar & Mastura. Semoga kebahagian berkeluarga ini milik kita sehingga ke akhir hayat. Amin

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s