Monthly Archives: February 2013

Qaseh… 4 tahun 10 bulan

Standard

Dah hampir 2 bulan Qaseh di alam pre school. Dah pandai tulis no 1-20. Juga boleh tulis nama sendiri walaupun huruf ada yg terbalik. Unik. Sudah pandai juga baca surah2 pendek. Suka sangat pergi sekolah. Bangun paginya senang cuma selalu bodek singgah kedai dulu utk beli air susu dalam kotak. Antara dialog yg mencuit hati saya lately…

Nenek……air nescafe nenek sedap lah. lain kali kalau nenek beli janganlah lupa belikan ibu sekali. Ibu sukaaaa minum nescafe. (dikhabarkan mak sewaktu pulang kerja tadi)

Ibu…..lain kali kalau ibu tengok citer kelakar-kelakar ibu jangan gelak kuat-kuat tau. Nanti berdosa. Ibu gelak senyum-senyum je macam nabi….tau.

Ibu….teacher kata, ni semua aurat tau (sambil tunjuk rambut, tangan). Ibu kalau nak keluar rumah kena pakai tudung baru tak berdosa.

Ibu….boleh tak masak utk sekolah adik. Tak nak kuih. Ibu masak la ‘Mi Kurus’ untuk adik. (bihun).

Comel…

Image

 

Jerawat di muka

Standard

Sebulan dua ni muka saya dilanda jerawat. Bukan sikit….tapi 4-5 biji sekali naik. Kalau kecik saya tidaklah kisah sangat tapi kalau sampai merah lepas tu bernanah…hati mana boleh tahan. Dulu sejak dari saya muda remaja hinggalah dah beranak pinak..jerawat hanya singgah sebiji dua tika mahu datang bulan. Kini jerawat sudah tidak malu-malu mahu menyapa. Ingatkan singgah kejap-kejap tapi hilang satu tumbuh satu yg baru. Aiitt…..tak berhenti2 pula nampaknya.

Jiwa jadi kacau. Kawan keliling dok bertanya sampai ada yg ingat saya kena ‘chicken pox’ ke? Errrm..sudahnya baru kejap tadi saya google. Apa gerangan masaalah jerawat nie tetiba muncul agaknya ya?

Ni info yg saya dapat….

Jerawat kat DAHI

Haba badan yang melampau serta peredaran darah yang tidak baik menjadi punca kepada naiknya jerawat kat dahi kita. Orang yang ada jerawat kat dahinya selalunya memiliki sifat panas baran.

Untuk menghindari, dinasihatkan supaya menjadikan amalan untuk tidur awal serta bangun awal. Selain itu pastikan dapat tidur yang cukup dan minum air banyak.

Jerawat kat HIDUNG

Kalau jerawat di batang hidung, ianya bermaksud tulang belakang kita mungkin bermasalah. Jika ianya di hujung hidung mungkin disebabkan haba perut melampau dan sistem penghadaman yang tidak normal. Dan jika di salah satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dengan ovari atau sistem reproduksi yang mempunyai masalah.

Jerawat kat DAGU

Kalau jerawat tumbuh di dagu pula, berkemungkinan fungsi buah pinggang telah terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah. Untuk kaum wanita yang mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca daripada haid yang tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.

Jerawat kat PIPI

Jika jerawat tumbuh di pipi kiri, fungsi hati mungkin kurang lancar seperti dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah. Jika di sebelah pipi kanan, fungsi paru-paru berkemungkinan tidak normal.

Jerawat kat BADAN (Belakang dan Depan)

Bagi jerawat yang tumbuh di belakang atau depan badan ianya memberi petanda kemungkinan sistem perkumuhan bermasalah, seperti terkena sembelit. Dinasihatkan supaya mengamalkan pemakanan yang sihat bagi memastikan toksin tersingkir dengan lebih baik.

Nampaknya ada yang terus menghadap ke cermin untuk melihat posisi jerawat anda. Walaubagaiman pun artikel yang dikongsikan ini adalah sekadar rujukan sahaja. Untuk mendapatkan maklumat lebih jelas mengenai tahap kesihatan, anda perlulah mendapatkan rawatan dan nasihat doktor.

P/S: Tips untuk kulit sihat anda dinasihatkan untuk minum sekurang-kurangnya 8 gelas air kosong sehari. Ini akan membantu anda utk menyeimbangkan suhu badan dan membebaskan toksik yang tidak dikehendaki daripada tubuh badan kita. Ia juga membantu pelawasan.

Jerawat di dagu adalah masaalah terbesar saya. Sistem peranakan bermasaalah?? Errrmm…….sambung makan jamu balik kut? Atau….cuba minum air banyak2 dulu untuk menyihatkan semula fungsi buah pinggang. Lately ni..berat badan pun dah bertambah. Kerja ada sikit stress sampai selalu saja saya lupa minum air kosong. Kena lebih utamakan kesihatan semula nampaknya ni.

Balik Kampung

Standard

Hari ni hari khamis…esok jumaat dan lepas tu cuti CNY hingga hari selasa. Mood cuti dah mula terasa. Esok pun dah ada yg lulus cuti…balik kampung. Kalau orang lain bila nak balik kampung perlu buat kira-kira dulu. Perlu duit untuk minyak..tol…termasuk kos bila perut dah berdondang sayang ketika dalam perjalanan. Saya balik kampung hanya bawa badan je.

Saya pun ada kampung tapi kampung saya dekat sangat. Setiap kali balik kerja saya makan kat kampung aka umah mak abah saya. Kalau agak2 malas masak…telefon mak..bodek sikit….ayun kaki je terus balik kampung. Dapat makan free…sedap plak tu. Jalan-jalan ambik angin sambil terkedek-kedek tak sampai 150 langkah dah boleh sampai kampung.

Beruntung saya kan….jadi kalau org lain perlu budget utk balik kampung….budget yg sama saya dah allocate untuk bawa anak-anak pi jalan-jalan cari makan. Errmm……apa nak plan untuk cuti ni ya? Antara yg ada dalam kepala ni ialah….

1. Saya nak bodek kanda bercuti di bandar Melaka sehari sebelum hantar bujang Shafiq ke MRSM Jasin. Teringin nak stay di Kampung Morten yg ala-ala kampung.

2. Belanja anak-anak makan western di Restoren The Grato Seksyen 3 Bangi

3. Rancang main bowling dgn family di Komplek KLIA yg baru di buka.

Itu saja setakat ni. Rancangan lain macam takde…..jadi duduk rumah layan citer korea..hihi..selamat duit.

Zikir

Standard

Weekend baru ni kanda bertugas jadi saya diamanahkan menghantar dan mengambil Anwar Shahir bagi sesi latihan badmintonnya. Sering diceritakan tentang individu-individu yg wujud di sana…coach nya garang tapi best berbangsa Cina…berkahwin pula dgn wanita India yg ramah..juga tentang pekerja coach tadi yg bernama Kak Ros…orang melayu. Wah…dah mcm 1Malaysia tenaga kerja di gelanggang ni ya. Anak didik kebanyakkannya juga cina dan yg melayu hanya ada lebih kurang 5 orang.

Hari Ahad..oleh kerana ada game..maka hampir sehari suntuklah saya di sana. Bila tidak tertahan dgn bahang di gelanggang saya menumpang sejuk office coach yg didalamnya juga merupakan kedai alatan sukan. Yg memeranjatkan…sewaktu kaki saya masuk melangkah terdengar jelas bacaan zikir. Saya letakkan punggung setelah minta izin tumpang duduk sambil senyum2 dgn perempuan India di meja depan.

Sepi saya pecahkan sambil tanya…”Ini isteri coach ye?”. Perempuan India yg ramah mengiyakan dgn sapaan manis. Maka bermulalah..sesi beramah-mesra. “Staff saya..Kak Ros cuti hari ni” sambungnya lagi. Saya selusuri keliling pejabat. Ada beberapa perkara yg menarik pandangan saya. Ada tokong kecil didinding kiri…ada tulisan-tulisan doa ditampal di dinding kanan. Yang paling mengelirukan saya..bila isteri coach tadi memutarkan zikir dengan nada agak kuat dalam pejabat.

Ringan saja mulut saya mahu bertanya…tetapi saya diamkan. Zikir habis dan diulang lagi buat penyejuk hawa telinga. Mungkin sejuk juga telinga isteri coach berbangsa india  mendengar alunan dan bait-bait zikir tersebut agaknya. Kalau tak suka dan rasa rimas..mana mungkin diulang-ulang sehingga sesi latihan badminton selesai kan.

Hati saya masih tertanya-tanya sehingga hari ini. Minggu depan ada training dan saya tak mahu lepaskan peluang. Saya mahu tanya juga…..mengapa zikir jadi pilihan agaknya?

lionofallah:O Allah, make the shahada the last words we utter in this deceiving Dunya, Ameen.

Senyum

Standard

Isnin adalah hari yang selalunya saya akan berada dalam sedikit kelam-kabut. Hari ini hari Isnin dan keluar rumah sedikit lewat lepas uruskan ini dan itu.

On the way ke rumah mak…jalan sedikit sempit dek kerana di bahu jalan kiri dan kanan ada beberapa kereta yg sedang parkir. Nun di hadapan saya ada kereta yg dipandu perlahan..sangat perlahan. Saya ke tepi memberi laluan. Aduhh..perlahan sungguh. Dalam hati sudah seperti mahu berkata macam-macam.

Nasib baik kesabaran saya masih di paras paling tinggi…kerana sewaktu kereta yg perlahan tadi melewati kereta saya..terjenguk wajah perempuan sederhana cantik memberikan senyuman penuh lebar..mungkin rasa bersalah kerana membiarkan saya menunggu lama.

Serta merta…hati saya jadi cair….sejuk. Senyum berbalas. Senyum saya kekal sehingga sampai di pintu pagar rumah mak sambil tangan saya tepuk dada ucap syabas pada diri sendiri kerana tidak ‘hilang mood’ pagi ini.

Singgah rumah mak…ada hadiah pulak. Nasi lemak sambal udang dgn ayam goreng panas. Lupakan diet ok…….air tangan mak memang sukar di tolak.

Dalam perjalanan ke daerah rezeki hari ni….saya senyum saja. Perut kenyang sambil wajah perempuan sederhana cantik dalam kereta paling perlahan tersenyum lebar masih jelas terbayang-bayang.

Senyum sememangnya ubat paling berkesan untuk melembutkan hati kan…….