Zikir

Standard

Weekend baru ni kanda bertugas jadi saya diamanahkan menghantar dan mengambil Anwar Shahir bagi sesi latihan badmintonnya. Sering diceritakan tentang individu-individu yg wujud di sana…coach nya garang tapi best berbangsa Cina…berkahwin pula dgn wanita India yg ramah..juga tentang pekerja coach tadi yg bernama Kak Ros…orang melayu. Wah…dah mcm 1Malaysia tenaga kerja di gelanggang ni ya. Anak didik kebanyakkannya juga cina dan yg melayu hanya ada lebih kurang 5 orang.

Hari Ahad..oleh kerana ada game..maka hampir sehari suntuklah saya di sana. Bila tidak tertahan dgn bahang di gelanggang saya menumpang sejuk office coach yg didalamnya juga merupakan kedai alatan sukan. Yg memeranjatkan…sewaktu kaki saya masuk melangkah terdengar jelas bacaan zikir. Saya letakkan punggung setelah minta izin tumpang duduk sambil senyum2 dgn perempuan India di meja depan.

Sepi saya pecahkan sambil tanya…”Ini isteri coach ye?”. Perempuan India yg ramah mengiyakan dgn sapaan manis. Maka bermulalah..sesi beramah-mesra. “Staff saya..Kak Ros cuti hari ni” sambungnya lagi. Saya selusuri keliling pejabat. Ada beberapa perkara yg menarik pandangan saya. Ada tokong kecil didinding kiri…ada tulisan-tulisan doa ditampal di dinding kanan. Yang paling mengelirukan saya..bila isteri coach tadi memutarkan zikir dengan nada agak kuat dalam pejabat.

Ringan saja mulut saya mahu bertanya…tetapi saya diamkan. Zikir habis dan diulang lagi buat penyejuk hawa telinga. Mungkin sejuk juga telinga isteri coach berbangsa india ¬†mendengar alunan dan bait-bait zikir tersebut agaknya. Kalau tak suka dan rasa rimas..mana mungkin diulang-ulang sehingga sesi latihan badminton selesai kan.

Hati saya masih tertanya-tanya sehingga hari ini. Minggu depan ada training dan saya tak mahu lepaskan peluang. Saya mahu tanya juga…..mengapa zikir jadi pilihan agaknya?

lionofallah:O Allah, make the shahada the last words we utter in this deceiving Dunya, Ameen.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s