MATTA Fair 2013

Standard

Tarikh 15, 16 & 17 March dah terlekat lama dalam fikiran. Tidak kira hujan ribut mesti jenguk juga. Tapi kuasa Allah mengatasi segala. Saya lupa. Benar-benar lupa. FIkiran saya dikosongkan sebentar berkaitan Matta Fair ini. Pagi tadi ketika membaca suratkhabar di meja penyambut tetamu baru saya terperasan yg saya dah terlepas sesuatu yg berbulan lamanya saya tunggu. Arrgghh….mungkinkah ada sebab mengapa saya ‘dihilangkan ingatan’ sementara’? Errmm……susur galur perancangan hanya Allah yg tahu kan.

Kenapa agaknya saya beria-ria mahu ke MATTA fair? Saya sebenarnya tidak pernah ke sana. Dengarnya banyak promosi murah dan berbaloi utk mereka yg plan mahu bercuti. Saya ni rambang mata…mudah tergoda. Itu agaknya alasan mengapa saya di ‘reject’ menjadi salah seorang pengunjung MATTA Fair…hehe.

Merancang cuti luar dari Malaysia bersama-sama kanda dan anak-anak sudah ada lama. Cuma masih belum menjadi realiti dek kerana anak-anak yg busy sahaja dengan peperiksaan besar tahun berganti tahun termasuk juga kekangan kewangan yg tidak berapa nak ada. Anak-anak belum lagi dapat merasai pengalaman menaiki pesawat. Pengalaman tika kecil tidak lekat dlm ingatan saya kira jadi kami mahu jadikan percutian kali ini percutian yg tidak mungkin boleh anak-anak lupakan. Percutian jarak jauh aka ke negara yg asing menaiki pesawat. Pengalaman biasa bagi orang lain dan adalah luarbiasa bagi kami yg mempunyai kewangan sederhana tetapi isi keluarga yg ramai. Ooohh..alangkah bahagianya sekiranya ini jadi kenyataan. Tekad mahu juga merancang bulan 12 tahun ini….pejam celik sekajap je masuk akhir tahun jadi haruslah merancang sedari awal ye tak.

Bincang punya bincang, ada dua tempat yg menarik perhatian. Mulanya mahu ke Langkawi saja sebab itu niat semasa berhoneymoon dolu-dolu dan ke dua ke Bandung…negara yg sudah 2-3 kali saya dan kanda kunjungi. Kebetulan rezeki murah sikit tahun ni..kami pilih bandung sebagai destinasi. Tambahan pula kawan2 saya dan kanda ada beberapa orang yg originally warga Bandung. Itu sudah memudahkan banyak perkara. 

Yes…ke Bandung bersama isi rumah menajdi impian. Terlepas MATTA Fair tidak bermakna impian tidak terlaksana.

Lagi ngumpulin uangnya nie….udah ngak sabar mahu nanti main-main di Bandung bersama keluarga tercinta. Muga dipermudahkan urusan ya Allah……

Oh ya…nanti saya mahu coretkan pengalaman saya ber’dating’ dgn kanda di Bandung 2012 yg lalu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s