MRSM Tun Ghafar Baba dan Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor (KUSESS)

Standard

Tahniah kepada semua calon SPM 2012 yg berjaya dan mendapat keputusan cemerlang. Bagi mereka yg tidak mendapat seperti mana yg di impikan atau hanya mampu mendapat yg biasa-biasa, jgn sesekali membiarkan perasaan putus asa melilit diri. Belajar menerima dan berusaha mencapai yg lebih baik dari hari ini. Peluang sentiasa wujud….pasti.

Cerita saya di blog tentang MRSM Tun Ghafar Baba mendapat hit terbanyak hari ini. Mungkin kerana ramai yg mahu mengetahui keputusan yg TGB kecapi dan secara tidak sengaja terjumpa blog saya. Dengarnya, TGB mendapat keputusan terbaik sekali lagi 2013 ini. Mendapat tempat teratas di antara MRSM mungkin? Syukur jika hebat serta mampu tersenarai di antara 10 sekolah terbaik di Malaysia kan.

Harapan yg sama utk Kusess juga. Bangga dengan kejayaan-kejayaan yg sering dikecapi sebelum-sebelum ini. Walaupun tidak mendapat ranking paling atas….keputusan keseluruhan tetap juga mengagumkan jika nak dibanding dgn sekolah-sekolah sedia ada.

MRSM Kuala Klawang, SMK Bandar Baru Salak Tinggi Sepang dan SMK Presint 9 Putrajaya tidak pernah di lupakan. Ini adalah di antara daerah ilmu anak-anak yg telah membentuk sahsiah diri dan memberikan ilmu yg sangat tinggi nilainya.

Along Sabrina adalah salah seorang calon SPM 2013 dan sedang berusaha semampu daya utk berdiri sama hebat serta punya impian utk merangkul keputusan terbaik seperti mereka yg telah berjaya. Doa saya tetap ada utk mereka..anak-anak yg diamanahkan kepada kita. Saya mendoakan….kejayaan terbaik adalah hadiah paling istimewa walau dalam hati saya bersyukur saja dengan apa keputusan pun asalkan anak-anak ini punya usaha. Jgn sampai kegagalan berpunca dari diri sendiri yg alpa dan lalai…

Saya sharekan ini yg saya jumpa tadi di blog Ustaz Pahrol Mohamad Juoi..

Anak-anakku jika kau ingin menggembirakan aku dengan keputusan peperiksaan mu yang cemerlang, ketahuilah aku tidak akan gembira dengannya… aku hanya gembira apabila ilmumu dapat dimanfaatkan untuk taat kepada Allah dan berkhidmat untuk manusia! Anak-anakku, jika kau rasa aku akan bersedih dengan keputusan peperiksaanmu yang tidak cemerlang, ketahuilah aku tidak akan bersedih… aku hanya sedih sekiranya kau gagal bersabar dalam menghadapi takdir Allah setelah gigih berusaha!Berjaya jangan sampai kau berbangga. 
Gagal jangan sampai kau kecewa!
Carilah keredhaan Allah, bukan penghargaan manusia.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s