Avillion Admiral Cove Port Dickson

Standard

Nah…baru ada mood mahu menulis tentang percutian bagi penutup 2012 yg lepas. Dok berkira-kira mahu ke Melaka…akhirnya kami rancang pula ke Port Dickson saja. Itupun di saat akhir dan saya click click di Agoda untung masih ada ruang utk tempahan. Mulanya berkenan sangat dengan Hotel Klana Beach Resort,  http://www.klanabeachresortpd.com.my/ yg dengarnya dipunyai oleh Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. Yg menarik, hotel ini penuh ciri-ciri islamik sehinggakan sewaktu melangkah masuk sehinggalah  melangkah keluar…dendangan bacaan Al-Quran menjadi halwa telinga. Menarikkan? Tiada rezeki kami stay di situ sebab waktu itu kolam mandi di hotel berkenaan dalam selenggaraan. Apa makna bercuti kalau tiada kolam mandi utk anak-nak ye tak?

Akhirnya kami pilih Avillion Admiral Cove yg adik beradik dengan Hotel Avillion lagi satu yg biliknya berada di atas air tu.http://www.avillionadmiralcove.com .  Hotel ini menarik juga disebabkan oleh enviromentnya yg sedikit ada beza. Masuk saja ke ruang lobi, dah kelihatan ruang labuhan kapal-kapal mewah kerana ia juga bersebelahn dgn Admiral Marina & Leisure Club. Harus turun ke bawah utk ke melihat keindahan yg lain dari yg lain. Kolam mandi pun cantik dan besar juga….anak2 dah tak sabar2 mahu terjun.

Saya booking bilik mengadap laut ala-ala sambil lihat matahari tengelam yg cukup besar utk menampung isi keluarga yg ramai. Ada 2 queen bed, sofa panjang yg boleh dibuat tempat tidur dan bersekali small living seating yg comfortable. Ada sinki yg besar memudahkan utk keluarga yg bawa makanan senyap2…hehe. Oh ya……dek kerana laut di depan hotel telah dibuat parkir kapal..maka hotel adakan ruang pantai privacy di sebelah kanan utk yg sukakan air laut. Pantai bersih….dan disediakan juga basikal2 yg bermacam-macam utk dikayuh keliling hotel. Sempat juga Angah dan Shahir mencuba basikal dikayuh dua org.

Anak-anak berseronok sungguh di sini. Menginap di Avillion Cove memang buat kami puas hati hinggakan kanda rancang mahu datang lagi nanti. Pulang dari Avillion, Shafiq beriya-iya bodek kanda jalan2 ke Melaka. Mahu ke MRSM Jasin jenguk2 katanya. Mana tahu kalau kut dia terpilih menjadi pelajar di situ. Kunjungan tak di duga membuahkan hasil…..Shafiq sudah2 benar2 menjejakkan kaki di MRSM Jasin saban hari. Terima kasih Allah…!

collage.jpg_MG_9237 collage2.jpg

2 responses »

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s