Blog Warkah buat Isteri oleh Abil

Standard

Saya terjumpa blog ni tahun lepas. Atas sebab terclick atau ada unsur2 lain…saya sendiri pun  tak berapa pasti, Tidak juga saya singgah selalu tetapi sesekali bila singgah saya akan baca coretan2 yg ada. Sungguh saya kagum dengan kesetiaan dan kasih-sayang melimpah si suami. Dalam dunia hari ini…..kewujudan kisah begini adalah mengagumkan. Disaat kita dengar….keberantakan institusi keluarga yg melanda, penderaan fizikal dan mental yg wujud, kekerasan yg dilakukan suami kpd isteri, isteri kepada suami, anak2 kpd ibu bapa dan tidak kecuali anak2 yg juga menerima nasib yg sama. Di saat kadang2 kita fikir…di mana sifat kasih sayang antara sesama manusia…masih juga ada segelintir dari kita yg kasih sayang mencurah..kesetiaan tiada berpenghujung dan cerita Abil di http://abil4fauziah.blogspot.com/ menjaga isterinya yg diserang asma pada Jun 2011 dan mengalami kerosakkan pada saraf otak….berjuang sehingga ke nafas yg terakhir membuka mata kita semua.

Al-fatihah buat arwah Gee dan semoga ditempatkan dikalangan orang-orang yg beriman dan takziah untuk Abil sekeluarga di atas pemergian isteri tersayang. Arwah Gee beruntung kerana kasih sayang Abil padanya melimpah ruah sehingga ke akhir hayat. Encik Abil Fikri Ahmad……bersabarlah. Anda antara suami terbaik yg masih wujud di muka bumi ini. Kasih sayang dan kesetiaan anda arwah bawa ke shurga. Coretan anda saya yakin menjadi sumber inspirasi dan motivasi kepada saya dan mereka yg di luar sana.

Kadang-kadang saya selalu berkata kepada diri sendiri..mampukah agaknya saya menjaga mak dan abah saya bila mereka sudah tiada upaya nanti? mampukah kasih sayang saya tetap melimpah untuk kanda sekiranya dalam perjalanan hidup ini ada dugaan yg muncul tiba2. Saya tidak berani mengatakan saya mampu. Saya akan cuba menjadi anak dan isteri yg terbaik…hingga ke hujung nyawa tetapi mengatakan saya mampu ketika semua kesayangan saya masih sihat waktu ini adalah sukar. Saya tidak bisa menyukat sekadar mana sayang dan setia saya pada orang-orang yg saya sayang.

Saya tanyakan kpd kanda kelmarin…soalan yg merujuk coretan saya hari ini.

Saya: Kanda, kalau saya sakit terbaring dan tidak mampu buat apa2 utk kanda……boleh kanda jaga saya? Soal saya sambil melirik dan kanda pandang saya sambil senyum saja. Tiada jawapan.

Saya: Boleh ke?? Kanda pandang saya dan senyum lagi. Angguk tidak geleng pun tidak.

Saya akur. Saya terima soalan saya tiada balasan. Kerana jika saya di tanya soalan yg sama pun…saya sukar mengiyakan atau menidakkan.

Tidak menjawab adalah lebih baik dari menjawab beriya-iya tetapi bila sampai waktu….diri tidak mampu mengotakan apa yg dikata. Itu adalah memeritkan bukan. Saya selalu memohon kepada Allah agar saya dan org2 yg saya sayang diberikan kesihatan yg baik-baik saja. Jika nanti ada yg sakit, saya doa juga agar saya dan kanda dikurniakan setia dan kasih sayang melimpah ruah macam Abil. kasih sayang yg boleh dikongsikan dgn semua orang…..anak-anak, mak abah, ayah, adik-beradik……

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s