Memilih untuk BAHAGIA

Standard

Tadi dengar review tentang buku ini di radio IKIM… hati terus terpaut mahu miliki.

Pengarang : Nor Hayati Sapii
Harga : RM19.00 S/M dan RM21.00 S/S
Ramai daripada kita yang berasa tidak bahagia malah kecewa dengan pasangan suami dan isteri masing-masing. Kadang- kadang, perkara yang menjadi punca rasa tidak bahagia itu adalah suatu perkara yang kecil sahaja. Suami pula biasanya banyak complain menangani isteri yang suka berleter. Saya amat tertarik dengan kata-kata Yang Berbahagia Ustaz Badli Shah Alauddin dalam satu rancangan televisyen menangnai isteri yang berleter. Kata beliau, ‘Kalau isteri berleter, maknanya dia sihat!’
Isteri yang sekali sekala dapat berleter akan berasa lega kerana tidak lagi menyimpan bebanan perasaan, semuanya sudah diluahkan. Alangkah baiknnya jika suami-suami di luar sana bersetuju dengan kenyataan ini.Sekurang-kurangnya anggaplah leteran isteri itu sebagai ‘pemanis telinga’. Sesekali, kajilah juga leterannya itu yang mungkin ada asasnya dan membawa kebaikan. Seseorang isteri tidak akan berleter tanpa sebab.
Kita sering mengeluh dengan ujian yang menimpa, walhal kita boleh memilih untuk bahagia biarpun di kelilingi pelbagai masalah dan dugaan . Pilihan di tangan kita sendiri sama ada mahu derita atau mahu bahagia.
Ada orang mempunyai harta yang melimpah, namun tidur malamnya jarang nyenyak. Pelbagai perkara yang membelenggu fikirannya. Ada orang yang hidupnya tidak berharta, tetapi malamnya dia boleh tidur nyenyak dan selesa. Menarik bukan? Itulah sebahagian tanda keadilan Allah. Namun jarang kita perasaan jika kita renungkan dengan mendalam.
Memilih untuk bahagia adalah buku motivasi. Pelbagai bentuk ujian manusia. Ujian rumah tangan, ujian saudara-mara, ujian persekitaran, ujian di tempat kerja, ujian kemiskinan dan lain-lain. Semuanya terletak pada diri sendiri untuk bertindak mencari kebahagian dan meninggalkan derita. Asasnya adalah berpegang teguh pada agama Allah.
Nota kaki: Coretan yg jumpai dalam kotak ‘draft’. Terlupa mahu post barangkali……

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s