Semangat Juang

Standard

Ahad lepas di liga sirkit, shahir bertemu KL dalam acara single. Makan malam bersama pada hari sabtu….dia tiada selera. Esok pagi-pagi….mood down saja dan perut seakan meragam tiba2. Semuanya gara-gara perlawanan bertemu pemain Kuala Lumpur. Atas kekangan size badannya yg kecil berbanding rakan seusia, bujang ini sering rasa rendah diri. Bertemua lawan yg fizikalnya lebih besar akan membantutkan semangat mahu menang serta-merta. Inilah yg berlaku ahad lepas. Dijadualkan bertarung dgn pihak lawan yg sudah 5 kali bertemu di gelanggang dan pertemuan sebelum2 ini  tidak berpihak kepada bujang shahir. Tidak pernah menang dgn lawan ini dan point yg dipunyai kebanyakkan rendah sahaja. Patutlah shahir nampak kurang selesa dari semalam. Sebelum perlawanan bermula, saya pesan. “Shahir harus berani. Mencuba sehabis daya dan jgn mengalah. Bagus utk menang dan tidak apa utk kalah tetapi haruslah kalah dgn bermaruah” . Shahir angguk lemah. Melihat dia melangkah ke gelanggang dgn wajah yg cuak dan semangat juang yg rendah…..sangat2 merisaukan. Game pertama shahir kalah 14-21. Game kedua kalah juga dgn point paling hampir 19-21. Shahir kalah…itu sudah dijangkakan tetapi yg menarik…ianya fight game. Permainan shahir bertambah baik. Asakan pihak lawan di jawab dgn bagus cuma dek kerana semangat juangnya yg rendah, skill terbaik yg dia punya tidak dapat dikeluarkan sepenuhnya. Keyakinan dirinya berada ditahap rendah tika itu. Usai permainan shahir dtg dekat dan berbisik kpd saya…. Ibu, tadi masa shahir salam opponent…dia kata..”shahir, u punya game sudah bagus skrg. U bagi saya pressure mar…”. Saya katakan pada shahir, itu petanda bahawa gamenya sudah ada improvement. Bertemu dgn pihak lawan yg lebih bagus adalah salah satu cara untuk menguji tahap permainan dia. Shahir angguk…senyum. Sewaktu mahu pulang, ayah pemain tadi menegur kanda. Komennya positif….permainan shahir dan cara dia control game sudah semakin bagus. Cuma satu……shahir dipanggil dan mendengar sendiri….”shahir, main sudah bagus tetapi dari awal perlawanan sehingga akhir, semangat juang mahu menang tidak ada. Itu u mesti mahu ubah. Saya punya anak menang pun sebab dia ambil peluang bila tengok u mcm tak ada semangat mahu menang”. Nah….shahir mendengar sendiri komen ini. Memang bujang ini semangat juangnya rendah. Cepat sgt hilang keyakinan diri dan sering menjadikan kelemahan sebagai alasan. Shahir…..bangun dan berubahlah. Tanamkan keyakinan dalam diri dan semangat juang yg tinggi sekiranya mahu berjaya!! Ibu yakin shahir mampu…sangat yakin.

tumblr_mlz2o9amJk1qaobbko1_250

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s