lama dah……

Standard

Lama dah tak jenguk blog. Lama juga tak menulis. Bercerita itu ini. Puncanya adalah bila CPU sakit…hantar masuk hospital dan tinggallah laptop yg jadi rebutan dalam ini rumah. Usai digunakan anak-anak..mata pun dah layu mahu belayar. Sudahnya…impian mahu mengupdate blog hanya tinggal angan kosong.

Begitu banyak cerita mahu dikhabarkan. Satu demi satu berkubur begitu saja.  Esok dah masuk bulan June. Malam ni saya kuatkan semangat mencoret sedikit bagi penutup bulan Mei k. 

Nak cerita tentang Hari Mengundi. Saya dan kanda mengundi di Petaling Jaya Selatan dan ini kali ketika saya memangkah dan kali ketiga juga parti yg saya pangkah MENANG..yeaayyy. Beratur sambil menunggu giliran menemukan saya dengan rakan2 lama waktu bersekolah dulu. Ada yg masih jelas saling mengenali dan ada juga yg sekadar senyum-senyum segan mahu menegur dek lama sudah tak berjumpa. Hari mengundi juga adalah hari di mana dapat berkumpul saudara mara. Kami jadikan rumah Mak lang sbg tempah persinggahan. Bertukar cerita yg tak pernah sudah beserta gelak tawa pecah berderai-derai. Seronok.

Hari mengundi itu, sepatutnya pagi-pagi kanda harus jemput ayah mertua saya untuk dibawa ke tempat mengundi. Ayah excited sungguh jadi dah pergi sendiri awal2 pagi. Mahu jadi orang pertama katanya. Tengahari sewaktu makan bersama, ayah khabarkan tentang proses undinya tadi pagi. Kata ayah….

Ayah rasa undi ayah rosaklah. Sebab….budak muda tu diletakknya dakwat kat kuku je…susahlah ayah nak letak kat kotak tu. 

Gulp……ayah tak guna pen ke? tanya kanda.

Guna dakwat tu la. Tak pulak dibubuhnya kat bawah jari..kalau tak senanglah sikit.

Ayah….ayah. Itu dakwat kekal bagi menunjukkan ayah dah selesai mengundi. Waktu mahu ngundi ayah kena guna pen…pangkahkan macam dulu-dulu.

Laaa…..ayah geleng kepala. habis tu memang rosaklah undi ayah tadi ye?? Ingatkan guna dakwat tu untuk tanda kat situ.

Saya senyum. Kanda rasa bersalah. Tawa pecah dari kami semua. Ini semua gara-gara excitednya ayah ke tempat mengundi hinggakan tak tunggu kanda untuk brief dulu. Undi rosak….hihi. Takpe…lima tahun akan datang…..kita tukar. Ops……

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s