Nasihat untuk kau dan aku

Standard

Kau & aku…saya & kamu. Beza tetapi tetap sama maksudnya. Hari ni saya mahu ber ‘aku’ dan ber ‘kau’ saja di sini. Bukan mahu berkurang ajar tetapi semua gara-gara hati ada sedikit panas. Ini perkara yang sudah lama saya mahu suarakan tetapi saya cuba latih diri bersabar dan terus bersabar. Sabar saya sudah sampai tahap maksima 44 hari lepas. Wah…dah macam hari ibu berpantang pulak. Ya..44 hari lepas saya sangat marah tetapi saya sabarkan diri sehingga genap 44 hari iaitu hari ini utk suarakan marah saya. Umpama ibu mengandung yg bila cukup berpantang 44 hari sudah tidak sabar mahu buka stokin…mahu keluar rumah jalan-jalan shopping…mahu jamu tekak dgn makanan sedap2……mahu keluar dari kepompong ‘berpantang’. Saya juga…mahu keluarkan rasa amarah saya di sini….di blog kepunyaan saya. Kalau suka..sila terus baca. Tak suka…..abaikan. OK.

Kau dan aku tiada talian darah tapi kau dan aku ditemukan bila dua keluarga berwalimatul-urus. Jadinya kau dan aku kini berhubungan. Ayah kau ayah aku juga. Aku sayang ayah kau macam mana aku sayang abah aku. Melihat mereka berdua sudah tua begini..buat hati aku selalu sayu. Abah aku masih sihat alhamdulillah. masih juga kuat ke sini ke sana..sendirian. Tapi ayah kita….lutut sudah mula sakit2. Badan sudah mula tak berupaya mahu ke sini sana walau semangatnya sangat tinggi. Bukankah sekarang..waktu kita harus curahkan kasih dan sayang kita pada dia?

Aku dan abang kau kalau mahu lawat dia harus drive hampir 40 km. Kau kalau mahu jalan kaki juga boleh sampai kan? Tetapi kenapa kau tak datang lawat? Sebuk sangatkah? Aku tahu ada kemarahan dalam hati kau. Kau marah dia atas kesilapan yg dia lakukan..mungkin. Cuba kau tanya diri kau. Kau ada hak ke untuk marah orang tua kau sendiri? Kau akan jawab ya….aku pasti. Tapi kau ada hak untuk jatuhkan hukuman? Kau siapa? Kau mahu ambil alih kerja tuhan? Sudahlah…..kalau betul dia ada buat silap…maafkan saja. kau kan anak. Kau dapat pahala kalau kau maafkan kawan2 kau, orang lain yg pernah buat salah dengan kau apatah lagi kalau orang tu ayah kau. Pahalaya besar. Kau tak mahu?

Ayah itu siapa pada kau? Kau tak lupakan? Dia yg dodoikan kau selalu masa kau masih bayi..naif. Dia orang yg selalu buat kau happy. Dia orang yg selalu peluk kau dgn kasih. Dia orang yg berkorban bekerja siang malam beri kau makan. Besarkan kau dengan tulang empat kerat dia sehingga kau membesar jadi manusia yg kacak kalau kau lelaki dan comel cantik kalau kau perempuan. Dia itu orang yg selalu sayang dengan kau. Sayangnya untuk kau tak pernah surut dari dulu hingga sekarang. Dia marah sebab kau tak jenguk dia…..kalau kau datang sekali-sekala jenguk, bawa makanan kesukaan dia…..tentu rajuk dia tak berpanjangan. Dia kan orang tua…perlukan perhatian. macam kau yg perlukan perhatian dia masa kau kecik2kecik dulu. Jangan lupa itu.

Rumah kau dekat saja. Kenapa tak jenguk. Sampai sekarang aku masih cari jawapan. kalau kau boleh buat makan2 kat rumah…masak sedap2..sambil hebahkan dalam fb jemput orang sini sana datang makan…..tak boleh ke kau jemput dia makan sama atau kau hantar saja sepinggan dua untuk dia jamah. Susah sangat ke? Marah kau pada dia sudah buat kau lupa tanggungjawab kau sebagai anak agaknya?

Kau…aku lihat ada kasih sayang dalam diri. kalau tidak manakan mampu kau beri kasih sayang kau pada suami/isteri kau kan? Pada mertua, ipar duai, anak saudara malahan anak kau sendiri. Tak boleh ke kasih sayang kau tu kau limpahkan sikit pada orang kesayangan kita itu? Oh ya..kau pun ada anak….kau juga boleh buat silap bila2 masa. Apa perasaan kau kalau kau buat silap dan anak kau marah kau macam mana kau marah ayah kau? Kau pulak……yg masih tidak punya anak. Kasih sayang kau juga tentu membuak-buakkan? Curahlah lebih sikit pada dia…mana tahu dengan cara itu nanti ALLAH murahkan rezeki kau…mampu punya anak nanti. In shaa Allah. kau buat baik pada orang tua terutama ayah sendiri…tentu doa dia agar kau bahagia dunia akhirat tak kan putus. Tentu hidup kau dan aku akan dirahmati. kau perlu yakin itu.

Sudah-..sudahlah. Aku bercakap kerana ini benda betul. Aku sayang kau..kau….dan kau. Sebagai orang yg tua dari kau..aku ada pandangan aku. Jangan kau tidakkan pandangan ini. Aku juga mungkin silap menilai. kalau itu salah aku…aku mohon maaf banyak2. Aku mahu kita semua sama dalam memberi kasih-sayang buat dia.

Kita ini belum tentu siapa yg pergi dulu. Dia yg dah tua….atau kita yg masih muda ini. Esok lusa aku tak mahu kau dan aku menyesali diri. Sila beri kasih sayang selagi mata kita masih terbuka dan biarkan orang2 yg patut mendapat kasih sayang kita merasainya.

Kau mungkin marah sampai rasa nak sumpah seranah aku sebab menulis ini. Atau mungkin rasa mahu bakar blog ini kalau kau mampu. Buatlah apa saja…terpulang. yg penting aku dah sampaikan apa yg aku rasa. Aku tak mahu menyimpan amarah lama2 hingga nanti bila kita berjumpa….aku tak dapat menjadi seikhlas yg aku mahu dengan kau.

Fikir baik2. Jgn marah2. Duduk dan fikir….jalankan tanggungjawap kau. tanggungjawap kita. Kita buat dia bahagia supaya hidup dia tak sunyi. Supaya dia tidak menyesal membesarkan kau. Ini kerja mudah. Kuncinya kasih sayang…..tiada bayaran. Hanya perlu beri……

Aku sayang kau…kau…kau. Sila lihat ini dari sudut yg positif ya. Jom..kita hidup dengan penuh kasih sayang……untuk dia…untuk kita…dan untuk kebahagian berpanjangan keluarga kita semua.

Ya Allah…penuhilah hati-hati kami dengan kasih sayang, berikan kesempatan untuk kami memandang mereka dgn pandangan kasih sayang sebagaimana mereka dahulu memandang kami. Berilah mereka hak rububiyah-Mu yang telah mereka sia-siakan kerana sibuk mendidik kami. Ya Allah sayangilah kedua orang tua kami. Ampuni, rahmati dan redhailah mereka. Amin.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s