Kencing Manis

Standard

Kanda sering letih sejak akhir-akhir ini dan doktor dikunjungi agar sebab-musababnya dapat diketahui. Kanda risau bila dikhabarkan sudah ada tanda-tanda kencing manis.

Doktor kata…kencing manis itu umpama fix deposit…kalau sudah ada tersimpan dalam badan..bukan mudah mahu nyahkan.

Kanda risau dan berjanji pada diri mahu ubah cara pemakanan….singgah kedai dan kanda beli ini.

dan ini…

Balik rumah…dipaksanya saya makan dan minum.

“Esok breakfast makan roti ni. Uncang tu bawa gi opis..minum”.

“La…..kanda yg nak kena kencing manis, kenapa pulak saya yg dipaksa ambil?

“Kalau abang yg tak suka makan/minum manis pun boleh dapat kecing manis, hang yg suka sangat minum teh tarik, roti canai lagilah patut kena jaga”

“Oohh..gitu ke”

Jadi..masuk hari ni dah 2-3 hari saya makan roti itu dan minum teh misai kucing yg dibeli kanda. huhu….

9 responses »

  1. Assalammualaikum..:) sihat ke..harap aka sefamily sihat dan dalam lindungan Allah sentiasa…akak nak kongsi sikit kalau ada family kencing manis kemungkinan nak dapat ada..lagi satu kena kurangkan makan nasi terutamanya….nasi penyumbang besar kencing manis ni…harap membantu akak ….

    • Waalaikumsalam sue. SIhat alhamdulillah….ni tgh berusaha menahan nafsu menambah nasi dlm pinggan. Cuba utk makan kurang dari biasa. TQ dear.

  2. sue pun tgh berdiet nasi sekarang ni…my family ada sejarah kencing manis tu yang mak risau sgt bila tengok sue dengan nasi macam dengan berlian…:) selalu igtkan nasi tu kurang kan dan minum air masak selalu…mis my mum bila citer2 gini…next week balik kampung seminggu…akak ada kepingin apa2 tak dari sarawak….

    • Berusha mengubah cara pemakanan ya…..eerrmmm..tak mau tua dari usia dan untuk kesihatan diri sendiri. Balik Sarawak…jgn lupa sampaikan salam perkenalan untuk mak. Manalah tahu kut ada rezeki lebih, boleh sampai sana. Tak mahu apa-apa…jgn susah2…and just be back in safe and sound k.

      • Hari ni ke klinik sebab pening tak lega walau dah makan ubat sakit kepala periksa punya periksa tekanan darah tinggi dan paras gula pun tinggi call mak macam2lah dia bebelkan…..:D umur dah masuk angka 3 kesihatan kena jaga katanya……malu sendiri sebaba mak dah masuk 50 baru ada sakit yg anaknya muda2 dah sakit….terima kasih doa tu…..kalau ingin apa2 bagitau…..bilalah boleh jumpa akak ni……

      • Take care ya Sue. Semoga cepat sihat. Ye la…bila agaknya boleh berjumpa. Errmmm….agak2 free nanti..kita pi makan sama k.

    • Salam. Memang kebetulan betul. Suami bawa pulang 2-3 botol semalam. Ada kawan suggest katanya. Baru nak try n akan buat check up lagi lepas consume sebulan. Boelh ke begitu? Terima kasih sharing maklumat…utk saya dan semua yg baca blog ni.

  3. akak In Shaa Allah satu hari nanti selesai urusan sue di kampung kita jumpa k…balik ni dengan hajat sekali..doa kan urusan sue dipermudahkan🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s