Shahir di Labuan

Standard

Shahir ke Labuan pagi Isnin kelmarin atas tiket mewakili Putrajaya bagi sukan badminton. Bujang ini teruja kerana ini adalah kali pertama dia dapat naik kapal terbang. Diharapkan keterujaan berterusan juga untuk menang. Oleh kerana Shahir selalu travel untuk badminton. Ketiadaannya sudah menjadi biasa walau sesekali memang terasa ada ruang yg kosong di sini…di rumah  dan di hati kami.

Cuma kanda yg sentiasa bimbang. Al maklumlah, bujang ni belum pandai sangat berdikari. Sampai hari mahu ke Labuan pun…semuanya kanda yg uruskan. Begitu jugalah setiap kali mahu ke tempat latihan waima ke perlawanan. Kanda manjakan sangat barangkali…..kalau di suruh bersiap sendiri, pasti ada yg tertinggal dan tidak selesai.

Shahir yg kini berada nun jauh diseberang laut cina selatan sana….bagaimana agaknya menguruskan diri sendiri. Bujang ni dah 13 tahun tapi masih juga dirasakan ‘kecil’ di mata kami. Nyenyakkah tidurnya di tempat yg asing? Dia yg cerewet dan sukar makan…kenyangkah dia di sana agaknya?  Ahad baru pulang…maknanya harus menunggu lagi. Hati kami tetap bimbang walau di talian suaranya ceria saja.

Kata kanda semalam…..berada jauh begini iharap boleh menjadikan bujang ini pandai berdikari. Balik nanti, mahu dibiarkan menguruskan diri sendiri. membantu seringkali hanya membuatkan bujang ini menjadi kurang bertanggungjawab terhadap diri sendiri.

Semoga Shahir saya baik-baik saja. Kejayaan? Bukan harus…tapi kalau ada rezeki..alhamdulillah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s