Monthly Archives: July 2013

Lagu

Standard

Kelmarin kanda tujukan lagu “Sabarlah Sayang” oleh Syarifah Aini dan M.Nasir utk saya sbg pengubat rindu. Oleh kerana ia lagu lama..hati ada sedikit rasa jealous jadi saya tanya…

Kanda, lagu ni ditujukan utk saya ke? Dulu-dulu ada tujukan kat org lain tak?

Dia jawab, Masa tu suka dgr lagu tu psl minat M.Nasir..masa berkasih dgn u dulu i ada bagi lagu ‘Kasih’ nyanyian Hetty Koes Endang…cuba dengar lagu tu semula.

Saya terkedu. ya ke pernah? Saya tak ingat mungkin sebab dulu masa bercinta-cinta dan dek kerana beza umur yg ketara…mungkin saya tak minat lagu-lagu lama sebegitu. Zaman saya adalah zaman lagu-lagu band…rock jiwang-jiwang yg tangkap lentok kalau lagu melayu mcm band Search, Wings, BPR, Umbrella, Damasutra dll. kalau yg Inggeris plak..tentulah Backstreet Boys, Sheryl Crow, Shania Twain, Celine Dion dan satu-satuny a lagu Inggeris yg paling saya suka dan specially dedicated utk diri dari kanda adalah I will always love you by Whitney Houstan. Itu lagu istimewa masa baru kahwin lepas nonton filem The Bodyguard.

Itu lah satu-satu lagu yg saya ingat sebab masa tu kami berdua memang minat sgt dgn lagu-lagu Whitney Houstan. Lagu Hetty Koes Endang……eerrmm…..dah dengar tadi. Lagu irama keroncong dgn lirik yg di ubah indah ditambah kelunakkan suara Hetty.

Kasih

Malam ini Kasih Teringat aku Pada Mu
Seakan Kau Hadir Di Sisi Menemani Ku
ku Yakin Kan Diri Agar Tiada Sepi
ku Lewat Kau Hadir Di Dalam Mimipi Ku

Seandainya Mungkin ku Mampu Terbang Ke Awan
Detik ini Juga ku Akan Melayang Ke Sana
Kan ku Bawa Pulang
Dirimu Yang Selalu ku Sayang
Bersama Berdua Kita Bahagia

Kasih Dengarlah Hatiku Berkata
aku Cinta Kepada Dirimu Sayang
Kasih Percayalah Kepada Diriku
Hidup Matiku Hanya Untuk Mu

p/s: Kanda, hati dah berbunga-bunga bila ditujukan lagu yg liriknya penuh makna. Thank u Love !!

Advertisements

Pemandu wanita…..ganas di jalanraya??

Standard

Beberapa minggu lepas….isu pemandu wanita menjadi tajuk utama beberapa hari dlm akhbar tempatan.  Ganas ke wanita kalau memandu? Tak semua dan memang benar ada ramai juga yg memandu sedikit garang di jalanraya. Kerana terpaksa…..saya yakin.

Pagi ini tanpa kanda disisi….tugas yg ditinggalkan menghantar anak2 ke sekolah saya galas. 6.30 – 7.00 Hantar Shahir bersekolah di Putrajaya, 7.05 – 7.40 pulang dari putrajaya terus ke Salak Tinggi hantar Qaseh ke kindergarden, 7.45 pecut ke opis sambil sms bos mohon maaf kalau terlambat masuk dan 7.58…yeayyyyy selamat sampai. Pheewwww…….nasib baik pagi suasana sejuk dan nyaman jadi tidaklah berpeluh ketiak dibuatnya. Tetapi kalut lah jugak…memecut ala-ala Schumacher dlm F1.

Nah, perempuan terpaksa begitu hanya kerana tuntutan kehidupan. Bekejar ke sini sana bagi memastikan semuanya berjalan lancar. Kelewatan boleh saja membantutkan banyak perkara bila semuanya harus dilakukan sendirian. Balik kerja…menerjah kesesakan jalan, ambil anak, mahu sampai rumah dan masak utk keluarga, lepas masak hntar anak pi tuition dan macam-macam lagi. Untunglah kalau ada suami yg memahami dan mahu sama-sama mengalas serta meringankan beban. Untuk yg melaluinya sendirian….saya tabik semangat luarbiasa anda.

Itu bab dalam kereta…belum lagi masuk bab menanggung beban kerja yg macam2. Dalam kepala berfikir tentang kerja yg tak sudah-sudah….hingga sampai boleh terlupakan anak yg ditinggal dalam kereta. Salah siapa itu? Ibu mana yg tidak sayangkan anak…..tuntutan kerja dan kehidupan yg membuatkan kita lupa kepada sesuatu yg sepatutnya penting utk kita ingati. Kesihan…

Kanda….i really need u here. Cepatlah balik……..

Sabarlah Sayang…

Standard

Hari ni kanda ke luar daerah atas tuntutan kerja. Selepas subuh dah keluar….seminggu baru pulang katanya, Tak jauh….hanya ke Kelantan dan Terengganu tetapi tanpa kanda di saat Ramadhan ini adalah sedikit mengecewakan. Duit belanja seminggu dititip dan Qaseh yg pulas tidur dicium bertalu-talu. Ohh…alangkah tak bestnya tanpa kanda di sisi seminggu. Saya tidak kisah terkejar2 mengalas tanggungjawab yg kanda tinggalkan menghantar Shahir dan Qaseh ke sekolah. Itu tidak apa2. Arrghh….suramlah meja makan seminggu ini nampaknya. Tanpa kanda…along dan angah. Ehh..bukankah saya sepatutnya bersyukur kerana masih punya Izzah, Shahir dan Qaseh. Errmm…..

Tadi kanda wassapp…..minta click ke you tube dan dengar lagu “Sabarlah Sayang” dendangan Syarifah Aini dan Sifu M.Nasir. Lagu lama…..dan ya…lagu ini pernah saya dengarkan lama dulu cuma oleh kerana lagu ini tiada kena mengena dgn hidup saya makanya lagu hanya lagu. Tidak meninggalkan bekas langsung dalam hati.

Thumbnail

Aduhai liriknya..sungguhlah sweet ditambah dengan suara syarifah aini yg memang kelas. AKhirnya bait-bait lirik dari klip lagu ini jadi santapan mata saya sewaktu rindu kepada kanda bertamu. Dendangan lunak suara syarifah aini menjadi tetamu telinga saya kali yg entah ke berapa hari ini.

Sungguhlah kata orang….bila sesuatu yg biasa pada padangan kita dijadikan pemberian yg istimewa..kita akan mula melihat sisi-sisi yg cantik yg dipunyai. Hati menjadi dekat kepada pemberian istimewa itu tanpa ragu. Terima kasih kanda untuk lagu ini. Sememangnya rindu itu semakin kuat rasanya. Semoga kanda dilindungi disepanjang perjalanan pergi dan pulang nanti.

Ya…sabarlah hati…sabarlah sayang……

Ramadan 1434H

Standard

 Lama dah tak mencoret gara-gara kemalasan melanda. Syukur dipermudahkan urusan dan diizinkan Allah melalui indahnya Ramadhan sekali lagi. Ramadhan tahun ni Qaseh Fatihah dah menginjak ke umur 5 tahun 3 bulan. Kalau masa saya kecik2 dulu, tanggungjawab berpuasa hanya saya endahkan selepas menjejakkan kaki ke sekolah rendah tetapi kanak2 sekarang, belum lagi bersekolah dah pandai mahu berpuasa. Kalau di tanya orang…”Puasa ke tak hari ni?”..cepat-cepat Qaseh melirik malu-malu. “syyhh…ibu jgnlah cakap kat orang adik ni tak puasa. Adik malulah”. Opss…dah pandai rasa malu kecik2 ye. Hari pertama berpuasa, dah minta susu dgn atuk. “Atuk, buatkan susu adik. Adik puasa. Adik tak nak makan nasi tapi adik nak susu je. Boleh tak atuk? Boleh la…..boleh la atuk…””

image

 Ramadhan tahun  ni juga Qaseh merengek-rengek mahukan subang kecil. Kalau Along dan Izzah saya tindikkan telinga semasa sudah sekolah rendah, Qaseh teruja pula utk ditindikkan telinga seawal usia 5 tahun. Dari semalam dok membodek utk dipasangkan subang kecil. Setiap 5 minit ditanya…bila nak buat? Mana kedai subang nye? Isshhkk…..dek kerana rimas dgn rengekan, saya bawa juga dia ke kedai emas. RM24 utk tindik telinga include subang kecil sekali. Amboi…..relax betul budak kecik ni. Tidak menangis langsung. Selesai…Qaseh kata…”Ibu, hebatkan adik. Tak nangis pun. Bukan macam Kakak Izzah tu…dah besar darjah tiga pun nak nangis-nangis”.  Qaseh…qaseh…..berlagak betul awak ye.

Oh ya, Ramadhan ini juga kami ada keluarga baru. 2 ekor anak kucing pemberian puan besar Rantau.  Weekend lepas kami bawa jumpa doktor untuk imunisasi dan proses membersihkan apa yg patut.

image

Ini MILO…..sedang dipotongkan kuku.

imageYg ni pula LOLA…..paling manja.

Ramadhan tahun ini macam tahun lepas juga. Perbelanjaan di kawal sebaiknya. Bazar Ramadhan hanya saya lihat dari jauh. Belum ada keinginan mahu jejak. Masak sendiri lebih sedap kan. Dh kenyang berbuka, jom….berterawih pula.

Photo: Solat Terawih