Bersawang lagi….update bulan September 13

Standard

Banyak betul sawang di laman blog ni….macam rumah tinggal pulak. Menjenguk pun jarang sekali. Sibuk? Tak juga……itu mood tarak mari la mahu update. Cerita ada…..tapi berlalu macam tu la.

collagess

Along percubaan SPM bulan ni. Result…eermmm…..ada semua. A..B..C…D…E…hihi. Takpelah Along…jangan stress-stress sangat. Tak perlu sampai dapat straight A’s….sukar tu. Dapat 5A’s utk layakkan Along menempatkan diri di IPTA pun dah bersyukur sangat2. Seminggu dua ni…saya jalankan interview di daerah rezeki untuk jawatan pengajar dan rata2 candidate yg hadir berpendidikan Master belaka…ada juga yg sedang ambil Phd. Bila diimbas result SPM…..kebanyakkannya bukanlah lulus dgn straight A’s. Itu tandanya bukan mudah mahu lulus semua dgn tahap paling tinggi tetapi kalau ada anak bangsa yg mampu…..saya tabik tangan tinggi2 tanda kagum.

image

Untuk Angah…masih juga tidur dlm kelas d daerah ilmu. Ada juga dugaan besar yg ditanggung….alhamdulillah masih diberi ruang oleh Allah. Bulan lepas dibisikkan di telinga saya hasrat mahu tukar sekolah. Dgn terperanjat saya tanya sebab musabab. hanya satu….”Tak catch up..angah tak pandai”. Sedih hati saya. memang di TGB..pembelajarannya tak sama. Anak2 diterapkan pembelajaran ala universiti…..harus berdikari ….no more spoon feed. Angah saya pesan……hanya perlu belajar manage masa sendiri. Sudah berada dikeliling orang yg cerdik pandai jadi haruslah ambil kesempatan untuk mencabar diri menjadi antara yg terbaik. Mana yg tak catch up….saya tambah dgn special class..pesan saya lagi. Angah angguk..lemah. Minggu lepas..terpilih mewakili sekolah dlm festival Muzik MRSM di Baling. Saya bikin suprise…jenguk sebentar kebetulan ada di Sg Petani. Angah jadi ‘bidan terjun’ bermain drum. Boleh ke?? Katanya hanya berlatih sehari semalam. Boleh kut….ibu n ayah tengoklah nanti..tuturnya.

image

Izzah macam biasa..membantu di rumah. Melihat angah dgn muzik….merengek-rengek mahu main violin pulak. Errrmm…..nanti di congak2 dulu……yuran belajar muzik bukan murah. Niat mahu hantar juga sebab Izzah tidak aktif bersukan. At least ada juga kemahiran yg dia ada. Shahir macam biasa. tak habis2 dgn badminton. Kanda risau…anak bujang yg satu ni tak besar2…hehe. Sabarlah kanda..belum masa lagi. Qaseh dah mula pandai mengeja. Katanya..ibu jangan belikan adik buku sekarang tau. Tunggu sampai adik dah habiskan buku Anakku no 10. Pandai pulak budak kecik ni. Sekarang masih buku Anakku no 4 katanya lagi.

image

Saya dan kanda…..sedang bersama-sama berjimat cermat. Semuanya untuk digunakan nanti buat bercuti di Bandung pada December. Tiket dah beli….yeehooo. Sekarang kumpul duit utk buat belanja kat sana. Impian hampir terlaksana. Kalau orang lain nak keluar negara..tiada masaalah….bagi kami yg bergaji sederhana begini, excitednya lain macam. Duit disimpan berdikit-dikit saban bulan selepas gaji almaklumlah….banyak belanja sebab anak2 ramai. Semoga dipermudahkan……in shaa Allah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s