Lola & Melo ….pengakhiran yg di luar jangkaan

Standard

Weekend lepas adalah weekend yg muram.

Keputusan melepaskan Lola ke tangan tuan yg baru telah termaktub. Janji dibuat dgn hati yg amat berat. Jam 9:00 malam hari Sabtu….Lola bertukar tangan..diiringi tangisan Qaseh yg payah mahu reda. Pulang ke rumah jam 10:00, Melo dalam cage muram….tidak lincah….saya fikirkan hanya demam. Memang dari pagi tadi Melo tidak sihat macam Lola 2 hari lepas. Kanda bimbang..mahu bawa ke klinik tapi saya kata esok saja…sebab Lola yg sebelum ini demam pun 2 hari dah ok.

Ralat.

Pagi Ahad waktu saya panggil Melo macam biasa..saya lihat dia terbaring pulas. Cage saya hampiri….mata Melo separuh tutup…saya pegang…keras…saya jerit kanda sambil airmata turun laju. Melo saya dah tiada…..sedih sungguh saya lihat keadaannya. Tentu sakitnya tenat hingga tidak lagi bernafas pagi itu. Saya salahkan diri…..terus-terusan. Kanda gali lubang depan rumah….untuk Melo agar dekat dgn kami. Hingga ke malam….rumah jadi muram…suram.

“Ibu tak payah lah nangis-nangis. Kan Melo mati kat rumah kita. Kalau dia mati kat umah orang lain barulah boleh nangis-nangis. Tu…ayah tanam Melo dekat umah kita je….mana ada melo pegi jauh-jauh”. Pujuk Qaseh.

Kali ini saya bertekad lagi. Tekad yg sama tiap kali kucing saya mati. Tekad yg boleh saja saya lupakan bila saya sudah berniat semula mahu tambah jumlah kucing dalam rumah ini. Sekarang yg tinggal hanya Blackie, Timmy n Barney. Ini saja yg mahu saya bela………tak mahu lagi yg baru….tak mahu lagi sedih2…

melo

Tiada lagi Lola n Melo berlari2 nakal……….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s