Monthly Archives: October 2013

Diet

Standard

Hari ni ada pengambilan pelajar baru bagi kursus Radiografi di daerah rezeki. Seronok pula dapat bersama-sama pelajar2 ini dalam sesi ice breaking dan orientasi. Anak2 muda yg dari negeri…latar belakang berbeza…juga punya peribadi dan karektor yg tak sama.

Turut serta hanya bermula dari jam 2 ptg hingga 11 mlm selepas diberi lampu hijau menghadiri walimatul urus saudara dekat di Puchong dan adik teman lama di Kg Medan. Bertemu Linda memang mengujakan tetapi tiada kesempatan utk berbasa-basi dek kerana kesibukkan tuan rumah. InsyaAllah bertemu lagi nanti. Wajahnya tak banyak berubah. Dia tak cam saya mulanya…mungkin kerana raut muka dan tubuh saya yg ‘gebu’ dari dulu…hihi.

Semasa sesi bersama student tadi….sempat diturunkan ilmu berdiet oleh pelajar Medical Assistant yg sekarang dah kurus. Saya ni pula…dah cuba macam2..badan macam tu lah juga. Dalam almari tu ada 3 pasang baju kurung yg saya berkenan sungguh bersaiz M dan masih saya simpan baik2 dengan harapan tinggi utk dapat pakai bila dah kurus nanti. Harapan tu dari tahun lepas…..sampai la ni..asyik gagal saja…huhu

Esok saya nak mula berdiet dgn semangat baru berkobar2 kononnya. Janganlah semangat ini cepat padam. Apa rahsianya? Hanya perubahan dalam pemakanan. Nanti saya cuba dulu sebulan ni. Kalau dapat turun 5kg…maknanya saya berjaya. BUkan saya saja tapi dah berjanji dgn seorang lagi Nani yg juga mahu kurus. Tunggu…..

Advertisements

Teman lama

Standard

Tahun 2013 ini telah menemukan saya dengan teman2 lama yang bertahun tidak bersua. Terima kasih kepada ‘mukabuku’ tentunya.

Aidilfitri lepas bertemu teman lama sewaktu menjadi pelajar di Sekolah Agama Al Ulum Al Syarr’iyyah Bagan Datoh Perak. Bersekolah di sini tidak lama….tak sampai setahun pun namun di sinilah saya mula bertudung sehinggalah sekarang. Kalau dulu saya marahkan abah kerana dipaksa ke situ walau mendapat keputusan baik dalam SRP hanya atas alasan mengawasi Azhar iaitu adik no 3 saya yg sedikit nakal tika itu…saya sesungguhnya bersyukur. Di situlah saya bertemu teman-teman saya ini.

Berjumpa dan bermesra tidak sampai setahun..saya tidak pernah terfikir kewujudan saya mendapat tempat di hati kawan2 ini. Kini..setelah hampir 23 tahun tidak bertemu…silaturrahim terjalin semula. Terima kasih kepada Fathiyah & Haslina yg berusaha menemukan semula teman2 lama. Terima kasih juga kepada teman-teman yang masih mengingati saya dalam hati-hati kalian. Perjumpaan ini cukup indah. Berjumpa setelah sekian lama…banyak betul cerita yg di kongsi…semuanya sudah menjadi ibu tetapi bila berjumpa masih juga tertawa nakal macam dulu-dulu. Pertemuan ini istimewa!

Seminggu lepas…Linda, teman semasa di sekolah rendah Jalan Selangor (SJS) menelefon. Saya, Linda dan Ogy..kawan baik dari darjah satu hingga darjah enam. Terputus hubungan selepas masing-masing ke sekolah menengah berbeza. Linda n Ogy di SMK (P) Taman Petaling dan saya di SMK (P) Sri Aman. Setelah berkahwin Ogy saya temui sekali..lama dulu dan kemudian hilang lagi. Saya dan Ogy kini berhubung hanya melalui mukabuku dan masih belum punya kesempatan untuk berjumpa. Saya berjumpa Linda hampir 10 tahun lepas semasa dia naik pelamin. Kehadiran saya mungkin tidak dia sedari.. almaklumlah..raja sehari. Keluarga Linda, Ogy dan saya saling mengenali…kerana itu jemputan sampai juga walau kami dah lama tak berhubungan.

Linda mahu saya hadiri majlis walimatul urus adiknya esok , 20 Oktober 2013. Harus datang katanya. Lama sudah tak bersua jadi mahu ambil kesempatan ini baik2. Saya tinggalkan pesan di inbox Ogy. InshaaAllah esok kami bertemu setelah hampir bertahun2. Kotak fikir saya meneka bermacam2. Bagaimana rupa masing2 kini agaknya? Perbincangan apa yg mahu dituturkan dan kekok atau mesrakah macam dulu?Arrrgghh..semacam mahu berdating kali pertama pulak lagaknya.

Sabrina di AidilAdha 2013

Standard

Aidiladha tahun ini cuti tak lama. Sabrina sedang membilang hari utk peperiksaan besar jadi hati ada sedikit tidak keruan. Aidiladha ini juga tiada foto menarik dari keluarga kerana masing-masing berpakaian bercampur-campur warna dek memilih baju kegemaran masing-masing sudahnya saya selitkan saja foto Aidilfitri utk ceriakan post ni..

oh ya…post ni berkenaan Sabrina. Semasa raya AidilAdha hati2 kami di himpit galau dek insiden ini.

Di rumah ayah mertua..semasa mahu mengambil pinggan2 dari rak utk menghidang..saya terbaukan kencing tikus. Jadi pinggan2 itu saya cuci. Selesai menjamu selera, Sabrina membantu seperti biasa..membasuh pinggan di sinki.

“Ibu…bau apa ni??”

“Kencing tikus tu….kejap lagi nak tolong atuk cuci”

“Kencing tikus? Kat mana ?”

“Tu…kat rak pinggan“. saya muncungkan mulut..menunjuk.

Tiba-tiba sabrina berlari ke bilik. Pinggan dibiarkan dengan air paip mengalir tanpa sempat ditutup. Apahal pulak anak dara nie? Bilik saya jenguk. “ALong nangis” kata Shafiq. Ibu marah dia ke? Saya dekatkan jari telunjuk ke bibir tanda minta senyap, Along saya pujuk…..tanya ..kenapa nangis? Teresak-esak mengatakan..tadi dia ambil pinggan makan dari rak yg ada bau kencing tikus.

“Along nak ambil periksa. Along tak nak sakit. Kenapa ibu tak beritahu jangan ambil pinggan dari situ”.?? 

“Kan ibu dah siapkan pinggan atas meja. Dah siap basuh dah. Napa along ambil dari rak? tak bau ke masa ambil”? tanya saya. Hati dah jadi risau tiba-tiba.

Tangisan makin panjang. Saya minta dia bertenang. Segera google tentang ‘kencing tikus’,,,,biar jelas. Nasihat dia jgn kalut n berdoa dijauhkan segala musibah. Sudahnya..sampai ke malam….Sabrina saya sugul saja. Hal itu telah menyebabkan rumah ayah mertua saya dikemaskan adik-adik ipar saya secara bergotong-royong hingga bersih.

Rabu ptg semasa d hantar ke daerah ilmu..saya pesan. “Along kalau rasa tak sihat..bla..bla..bla….segera telefon ibu k”. Sabrina angguk..lemah.

Selepas dua hari di hantar….saya pula tak keruan. Sabrina masih tidak menelefon. Sihat ke? Sakit ke? Panas punggung dibuatnya. Kanda pun sama. Telefon pantang berdering….segera pick up laju2. Akhirnya Sabrina menelefon. Dihujung sana suaranya ceria saja. “Ibu! Along sihat la. Alhamdulillah tak sakit. “. Saya marahkan dia kerana tidak menelefon sekaligus menyebabkan saya bimbang. Terkekeh-kekeh dia di hujung sana….sambil mengatakan dia busy. Errrmm…lega hati saya.

Syukur padaMu ya Allah SWT.

Benjol dek reket…. RALAT

Standard

Dulu…..shahir yg sering kanda bawa ke court badminton utk di exposekan bermain dgn org2 lebih dewasa sering dipinggirkan. Maklum…kerana masih setahun jagung dalam arena badminton ditambah dgn badannya yg kecil…tak siapa yg mahu menjadi partner apatah lagi mahu dijadikan lawan. Lopek…itu bahasa anak2 ini kononnya.

Sekarang..permainan badminton shahir sudah jauh berubah. Improvement sejajar dgn perkembangan usia serta exposure lebih banyak dlm latihan bersama coach yg kanda sering hantar serta biaya. Cuma kekangan hanyalah proses tubuhnya yg lambat pertumbuhannya. Masih juga kecil di mata kanda waima tingginya sudah sedikit demi sedikit bertambah juga. Permainan di gelanggang bertambah bagus lantas kini sering saja di panggil berpartner dgn orang-orang lebih berusia…..

Kelmarin…rakan2 kanda menelefon. Ajak Shahir turun ke gelanggang lagi. Shahir 12 tahun bergu dgn lelaki dewasa seusia kanda yg beriya-iya mahu menang berlawan dgn dua anak muda 25-30 tahun. 1st game kemenangan di pihak shahir dan lelaki dewasa itu. 2nd game…ketika mata 15 sama..lelaki dewasa seakan terdesak mahu menang dan bagi menyelamatkan shuttle yg mahu jatuh didepan telah cuba menyambut shuttle dgn tanpa sengaja terpukulkan reket di kepala bujang shahir. Reket patah. Lawan bergu terkedu. Shahir hanya mampu memegang kepala yg sakit..kanda hanya melihat dari luar dan mengharap bujang ini tidak menangis kerana..di luar gelanggang ada banyak sekali mata yg sedang melihat perlawanan yg sedang rancak tadinya. Lelaki dewasa itu? Hanya tergelak sambil melihat-lihat reket mahalnya yg patah. Sakit betul hati saya…..

Di rumah..kepala shahir bengkak. Kepada atuk diadukan hal. Abah saya memujuk…“biasalah…main badminton memang macam tu. Bukan sengaja..takpe…..nak jadi handal kenalah kuat”. 

Memang itu insiden tidak sengaja. Saya akur. Tapi saya ralat kerana..lelaki dewasa tidak hiraukan bujang saya. Mana sikap seorang bapa? Apa salahnya dipeluk bujang itu…..diusap sedikit kepala yg bengkak dek reket patah sebagai tanda simpati? Tiada maaf juga dituturkan kpd kanda. Esok lusanya…tiada juga panggilan telefon menanyakan keadaan shahir.

“Takpe…..reket buatan sekarang bukanya kuat sangat.” Kata kanda mahu menyejukkan hati sambil tangan sebuk mencari ais utk redakan bengkak. Tapi bukankah reket yg walaupun bukan lagi besi tetapi sekiranya dihentam ke tempurung kepala anak remaja umur 12 tahun dari tenaga lelaki dewasa umur 40an sehingga patah adalah tetap juga sakit???

Sudah. Shahir tidak perlu lagi bermain dengan orang dewasa yg tiada perasaan. Bermain dan berlatihlah sahaja dengan kelompok rakan seperjuangannya. Itu pinta saya pada kanda. Noktah.

Image

Shahir 12th birthday…..

Hasil hari ini

Standard

image

Kedai buku Popular diterjah usai makan tengahari tadi.

Sambar buku masakan ni satu. Dulu hanya 365 resepi tapi la ni tambah bonus lagi 30 resepi. Kalau dapur tak berasap 3 hari sekali..tak tahulah.

Ini antara koleksi tulisan dari 2 penulis tanahair yg saya minati.

Salina oleh A.Samad Said discount hampir 50% dan buku-buku tulisan Ustaz Pahrol Mohd Juoi saya beli dengan harga ahli discount 20%.

image

Akhirnya “Semuanya Soal Hati” sudah jadi milik saya. Senyum sampai ke telinga hari ni nampaknya.

Untuk Sue yg saya kenal hanya di alam maya….jom kita berlumba siapa yg akan usai dulu dari kulit ke kulit ya..hihi.

Izzah

Standard

okay

Malam semalam

Izzah : Ayah…esok boleh izzah ikut kawan2 gi jenjalan kat Alamanda tak? Sarah ada..mizah ada..bla..bla..bla…

Kanda : Ayah tak benarkan. Buat apa2 nak jalan2? Cuti duduk rumah tolong nenek.

Izzah monyok…

Pagi tadi

Izzah : Ibu…..memang tak boleh pegi ke?

Saya : Kan ayah dah kata tak boleh.

Izzah : Alaaa…..bolehlah. Semua pegi. Mak mizah pun benarkan mizah pegi. Ibu telefonlah ayah…tanya. Telefon mak mizah skali.

Saya : Tengoklah nanti……

Dalam perjalanan ke daerah rezeki

Saya : Kanda…Izzah dok rayu lagi tadi. memang tak bolehkan?? (saja tanya utk kepastian)

Kanda : Memang tak boleh. Baru form two dah nak keluar dgn kawan2. Cakap tak boleh.

Izzah saya call dan beritahu jawapan tetap sama. Tak boleh. Kena hormat keputusan ayah. Izzah di hujung talian sana teresak-esak. Ganggang saya letak. Biarkan dia melayan sedih. Masih banyak lagi masa utk bergembira dgn kawan2. Masih terlalu kecil utk dibiarkan keluar dgn kawan2. Anak2 ini harus belajar menghormati setiap keputusan yg kita buat…harus akur.

Petang..usai kerja.

Sms Izzah “Ibu….boleh belikan donut Big Apple nanti?”

Sms saya “Untuk Izzah yg baik dan dengar kata..mestilah boleh”

Akhirnya saya pulang dgn donut Big Apple yg Izzah minta. Di muka pintu…lebar senyum Izzah menyambut saya.

Kisah Mak

Standard

Semalam mak beritahu perancangan mahu jalan-jalan ke Trengganu/Kelantan weekend nanti bagi memenuhi jemputan meraikan walimatul-urus anak kawan baik abah. Jadi mak pesan……sehari dua ni anak-anak mak yg lain iaitu adik-adik kesayangan saya akan transfer duit ke account bank dititipkan untuk mak buat belanja. Mak dah telefon kelmarin….mahu pinjam..katanya lagi.

Mahu PINJAM?? Saya tanya kenapa mak perlu pinjam? Bukankah mak hanya perlu minta? Mak termangu. Saya beritahu mak…kalau mak sebut pinjam..nanti kemudian mak harus bayar balik. Mak terkedu…..konfius agaknya.

Mak, kalau nanti saya sudah tua macam mak dan anak-anak saya sudah besar panjang…saya akan minta saja. Kenapa? Sebab saya punya hak. Nampak macam saya mempergunakan status saya sebagai mak bukan? Peduli apa dengan itu. Bagi saya…kalau membesarkan anak-anak ini adalah tanggungjawab saya..maka nanti bila saya sudah tua..sudah tiada kuasa mahu bekerja untuk sara hidup sendiri sudah seharusnya anak-anak yang saya besarkan tadi dipertanggungjawabkan pula menyara saya.

Mak dan abah hanya perlu minta…tegas saya. Lagipun bukan selalu mak dan abah mahu berjalan2. Tak ada salahnya kalau mak dan abah mahu minta. Memang semua anak2 ada tanggungjawab masing-masing tapi untuk mak dan abah yang jasanya memang tak terbalas pun oleh kami…tidak ada salahnya kalau mahu memberi lebih. Mak dan abah kalau mahu atau teringinkan apa2….beritahu saja. Saya cuba penuhi kalau saya mampu. Kalau tak mampu…anak2 mak yang lain berbesar hati untuk memberi apa saja kerana kami maklum mak dan abah tidak lagi bekerja jadi jangan lagi gunakan perkataan ‘pinjam’ itu ya mak…pinta saya lagi.

Mungkin mak tak sampai hati mahu meminta jadi digunakan term ‘pinjam’ untuk elak rasa membebankan anak-anak agaknya.