Kisah Mak

Standard

Semalam mak beritahu perancangan mahu jalan-jalan ke Trengganu/Kelantan weekend nanti bagi memenuhi jemputan meraikan walimatul-urus anak kawan baik abah. Jadi mak pesan……sehari dua ni anak-anak mak yg lain iaitu adik-adik kesayangan saya akan transfer duit ke account bank dititipkan untuk mak buat belanja. Mak dah telefon kelmarin….mahu pinjam..katanya lagi.

Mahu PINJAM?? Saya tanya kenapa mak perlu pinjam? Bukankah mak hanya perlu minta? Mak termangu. Saya beritahu mak…kalau mak sebut pinjam..nanti kemudian mak harus bayar balik. Mak terkedu…..konfius agaknya.

Mak, kalau nanti saya sudah tua macam mak dan anak-anak saya sudah besar panjang…saya akan minta saja. Kenapa? Sebab saya punya hak. Nampak macam saya mempergunakan status saya sebagai mak bukan? Peduli apa dengan itu. Bagi saya…kalau membesarkan anak-anak ini adalah tanggungjawab saya..maka nanti bila saya sudah tua..sudah tiada kuasa mahu bekerja untuk sara hidup sendiri sudah seharusnya anak-anak yang saya besarkan tadi dipertanggungjawabkan pula menyara saya.

Mak dan abah hanya perlu minta…tegas saya. Lagipun bukan selalu mak dan abah mahu berjalan2. Tak ada salahnya kalau mak dan abah mahu minta. Memang semua anak2 ada tanggungjawab masing-masing tapi untuk mak dan abah yang jasanya memang tak terbalas pun oleh kami…tidak ada salahnya kalau mahu memberi lebih. Mak dan abah kalau mahu atau teringinkan apa2….beritahu saja. Saya cuba penuhi kalau saya mampu. Kalau tak mampu…anak2 mak yang lain berbesar hati untuk memberi apa saja kerana kami maklum mak dan abah tidak lagi bekerja jadi jangan lagi gunakan perkataan ‘pinjam’ itu ya mak…pinta saya lagi.

Mungkin mak tak sampai hati mahu meminta jadi digunakan term ‘pinjam’ untuk elak rasa membebankan anak-anak agaknya.

2 responses »

  1. mak sue pun macam tu kak dia segan nak mintak tapi kalau sue, dia cakap nak minta sue bagitau tak pe sue bagi je jadi tak istilah hutang kat situ.apa yang akak cakap tu betul mak dan ayah kita tak perlu nak cakap nak pinjam pun kat anak sebab kalau nak kira apa yang diorang bagi kat kita tak terbayar pun…luv my mom very much…:)

    • Itu lah nubari seorang mak yg seboleh-boleh tidak mahu menyusahkan anak2. Memang tak terbalas dek kita jasa2 mereka….jadi berilah yg terbaik selagi ada nyawa.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s