Monthly Archives: December 2013

Cucur Pisang utk Qaseh

Standard

image

Budak kecik yg asyik buli abang2 n kakak2 kat rumah cuti sekolah ni suka sangaaat makan cucur pisang. 2-3 hari asyik merengek minta dibelikan pisang tp tak sempat nk singgah.
Semalam kanda janji akan belikan hari ni…kebetulan ada di jual d kedai berhampiran ofis. Tiba d gate rumah tadi saya tanya,
“Kanda ada belikan pisang emas utk buat cucur qaseh?”
“Pisang emas xde….dah habis d bawak belayar. Tinggal sebiji je atas peti”, jawab kanda..serius….
Saya yg tak faham menyambung, “Sebiji nak buat apa?”. dilatari gelak tawa anak2 dgn lawak kanda yg selamba…..saya senyum terkena..hihi.
Dapat juga Qaseh makan cucur pisang malam ni. Pisang berangan……

Shafiq….tak sihat

Standard

angahhh

Busy lately sementelah Shafiq pula tak berapa sihat. Demam sejak Ahad berlanjutan hingga 4 hari. Rujuk ke Az Zahrah..detected denggi. Alahai anak ibu.
Kepala di geleng-geleng tanda enggan tinggal d hospital maka berjanji dgn doktor utk minum air sebanyak2nya bagi menaikkan platlet count. Dah 3 hari ke Az Zahrah..masih juga di bawah aras 100.
Dipaksa lagi minum semahunya. Moga esok adalah hari terakhir di cucuk dan tidak perlu berulang lagi ke sana.

Percutian keluarga ke Jakarta & Bandung 14/12/13 : Day 4

Standard

Bangun pagi, macam biasa..gi breakfast dulu. Lepas tu bertolak ke Tangkuban Perahu. Dari kota Bandung kalau jalan masih belum busy..lebih kurang 2 jam setengah dah boleh sampai. Dalam kereta kanda dah pesan dgn mak….kalau ada yg kerumun paksa beli barang…jgn sampai tertipu dan rugi. Tawar sebaiknya n kalau boleh tak payah beli sebab kebanyakan yg dijual ada di Pasar Baru. Selamat sampai di atas..jom kita bergambar dulu berlatar belakangkan pemandangan ciptaan Allah SWT yg subhanALLAH indah.

Image

ImageImageImage

Kena angin sejuk..perut tetiba lapar bila tengok orang goreng tauhu. Masa dalam perjalanan ke Puncak tempohari memang dah terliur tengok tauhu yg dijual ditepi2 jalan. Beli 3 biji dan makan dengan angin sejuk yg menampar2 manja. Uiish….sedap betul tauhu ni bila digigit bersekali dgn cili api pedas. Pak Badja kata..tauhu di Bandung sedap sebab dicampur dengan susu sapi. Ohh..patutlah rasa lemak lain macam. Kalau gini sedapnya..hari2 makan tauhu pun takpe. Mak n mak long pulak…dalam diam2 missing in action..tetiba balik ke parking dgn tangan bawa beg plastik besar. “Mak borong apa mak?”. Mak long jawab…”beli…tut..tut…rahsia katanya. Murah….dah tu sampai ke bilik air disuruhnya beli. Beli ajelah…”. Kanda geleng kepala…senyum. Turun dari Tangkuban Perahu memang bercadang nak singgah Kampung Daun, Sari Ater n Ladang Strawberry tapi semua tak jadi bila Pak Badja kata…..esok di Kawah Putih boleh singgah tempat2 strawberry dan hot spring yg lebih menarik. Jadi apa lagi….ke factory outlet la kita jawabnya. Sebelum tu….kita lunch dulu di Suharti Ayam Goreng.

Image

Ini resepi yg dah berpuluh tahun kata Pak Badja. Ayam goreng dgn tepung crunchy makan dgn nasi panas memang sedap. Cuma budak2 terkejut sikit bila terperasankan ayam yg dihidang dgn kepala….oppss.

Selesai makan, semua exercise jalan kedek2 di FO utk bakar kalori. Rumah Mode, Scarlet, Heritage dan macam2 lagi …semua kami redah. Dapatlah anak2 sambar sehelai dua sorang mana yang berkenan. Selesai, kanda ajak ke Toko Tiga…cari jeans sehelai dua. Jeans ori yg memang murah sikit dari biasa.
image

image

Sampai ke petang dgn disulami hujan kanda ajak cari Bangi Kopitiam. Ada ke Bangi Kopitiam di Bandung ni? Dengar mahu makan di sini..anak2 dah tak sabar2. Tekak dah rindu sangat dgn makanan Malaysia.

Pusing punya pusing…akhirnya jumpa juga. Bangi Kopitiam ni terletak di hadapan Hotel Carrcadin, Jln Kebon Jati berdekatan dengan Paskal Food Market yg menjual bermacam2 jenis masakan. Puas betul hati dapat makan kat sini sampai anak2 ajak makan lagi esok lusa. Anak2 ooii….jauh dari hotel kita nie…..ntah bila lah dapat dtg balik..eeerrmm..

ImageImage

Dapat makan mee kari, kuey teow goreng, sandwich, mee udang….aduhaii…sebut menu pun boleh buat telan liur.
image

Oklah…dah penat…dah kenyang…balik tido la..apa lagi.

Percutian keluarga ke Jakarta & Bandung 13/12/13 : Day 3

Standard

Pagi ni  semua orang bangun awal utk solat Subuh sebab masuk waktu jam 4:06 minit dan habis waktu jam 5:26 subuh. Jangan sampai kesiangan…jam 6 pagi dah macam jam 7:00 waktu Malaysia. Jadi sila solat dan kemudian sambung ngorok. 7:30 pagi semua dah lapar lalu berjalan kaki lah semua orang menapak ke resto hotel. Semalam sampai di hotel dah gelap..apa pun tak nampak dan pagi ni…..wah….sejuk mata memandang. Kawasan hotel yg macam dusun….ada kolam ikan dikelilingi chalet dan banyak pokok buah-buahan yg di benarkan petik kalau mahu. Tergayut-gayut buah limau bali, kedondong, delima disulami bunga2 kembang mekar.

Image

Image

Image

Pepagi budak kecik dah merajuk kena sakat. Jom breakfast dulu. Hotel ni tempat orang kerajaan selalu buat training jadi bersarapan dgn orang berbaju batik indonesia kita hari ni. Makanan ada banyak variety. Bubur panas makan dgn kuah lontong memang terbaik.

Image

Dah kenyang…jom mulakan perjalanan membawa mak ke Pasar Baru membeli belah lagi. Oleh kerana dah letih sebab poket dah kosong…mak n mak long tak mahu ikut ke Trans Studio jadi singgah ke Kartika Sari beli roti utk minum petang di hotel. Kami..yeayy..ke Trans Studio….jom.

Image

Image

Image

ImageImage

Image

Image

Image

Image

Image

ImageImageImage

ImageImage

Di Trans Studio tiket masuk Rp150,000 bersamaan lebih kurang RM45 /pax. Nanti akan diberi kad dan dalam tu sila top up duit utk beli food n drink yg ada kt dalam. Semua games adalah FOC jadi mainlah semahu-mahunya. Berjalan sampai bengkak kaki dan kalau dah penat boleh minum kopi sambil rileks dengar live band. Masuk terang, keluar dah gelap. Perut pun dah lapar balik…rancangan ke jalan cihampelas diteruskan juga tapi anak2 dah keletihan jadi hanya menyusuri jalan dgn kenderaan. Dah tak larat nak berjalan kaki. Balik hotel..singgah Pizza Hut..tapau. Pizza Hut kat Indonesia sedap tau. Mesti singgah beli kalau ke Bandung/Jakarta.

Sila tidur awal…sebab esoknya mahu ke Tangkuban Perahu pulak.

Percutian Keluarga ke Jakarta & Bandung 12/12/13 : Day 2

Standard

Pagi-pagi Pak Supir dah sampai utk pick up. Plan hari ni ke Tanah Abang dan kemudian terus ke Bandung. Aduh….macet jalannya…perut lagi lapar jadi jom bfast di food court dulu, Order Nasi goreng utk anak2..not bad. Order nasi dan soto ayam utk mak n mak long..juga boleh diterima tekak…seedap.

Image

Image

Di Tanah Abang..mak dan mak long dah tak keruan. Grab telekung utk orang tersayang…baju utk Qaseh juga murah2. Setengah hari menjamu mata dan mengosongkan poket..perut dah berbunyi minta di isi. Naik ke food court semula dan order Nasi ayam penyet dan ikan gurame bakar.

Image

Dah kenyang…..bertolak ke Puncak sebab teringin sangat nak masuk Taman Safari dan jejak ke Masjid Besar. Perjalanan dari Jakarta ke Puncak masih juga macet sekali sekala dgn pemandangan ladang teh dan jualan buah-buahan sepanjang jalan. Oleh kerana dalam poket ada duit juta-juta bak jutawan…..belum malam perut dah lapar balik. Apa lagi…singgah Restoren Simpang Raya pulak la jawabnya. Food..memang terbaik dan harga lebih kurang RM10/pax.

ImageImageImage

Sampai Taman Safari dah hampir 4 petang. Pak Badja nasihat tak payah masuk…rugi katanya sebab dah petang lagi pun tiket mahal…Rp250.000 dalam RM70 seorang kalau convert. Mak pot pet..pot pet..bagi nasihat. Binatang dah tidor la…..tak berbaloi beratus ringgit habis…kat Malaysia pun ada zoo. Tapi mak..zoo kat sini binatang dia kat luar keta mak oii. AKhirnya nasihat mak saya akur. Betul juga tu….kalau awal2 pagi sampai tadi berbaloi la. Duit tiket tu buat makan n beli baju lagi baik. Binatang ni tengok dalam National Geographic Astro pun boleh…hihi. Perjalanan di teruskan ke Masjid Besar di Puncak. Pemandangan memang menakjubkan…SubhanALLAH.

ImageImage

Dah letih jadinya dalam perjalanan ke Bandung anak2 dah terlelap pulas. Sampai di Bandung lebih kurang jam 8 malam dengan hujan renyai2. Mata dah terbayang kopi panas. Anak2 dah mengadu lapar lagi…amboi..asyik makan je kerja nya. Nampak KFC….makan dulu sebelum masuk hotel. KFC di Indonesia ada cafe corner kat tingkat atas boleh order macam2 coffee dan donut. Perrghh….

Image

Sampai Ahadiat Hotel dah malam. Terima kasih kepada teman kanda Pak Permadi yg recommendkan villa yg selesa. VIlla 2 tingkat dengan 3 bilik yg superb. Rehat kan badan dulu…esok nak jalan2 sambil mengosongkan poket lagi.

Percutian keluarga ke Jakarta & Bandung 11/12/13 : Day 1

Standard

Percutian bersama keluarga di luar Malaysia yg ditunggu2 dah tiba. Tiket booked KLM airline. Sebab? Ini merupakan pengalaman pertama anak2 menaiki pesawat dan tambahan pula saya bawa mak kesayangan n mak long jadi mahukan yg selesa. Lately ni hujan sering menyimbah bumi Malaysia tanpa mengira waktu jadi sekurang-kurangnya selesa sikit nak berjalan ke airplane tentunya. Ini pengalaman ke dua buat Shahir kerana pernah mendapat peluang menaiki pesawat ke Labuan baru2 ini atas tiket ‘Badminton’.

IMG_9553

image

Jam 2:30 dah bertolak dari rumah dgn senyum lebar anak2. Terbang jam 5:30 petang dan tiba di Jakarta 6:30 petang selepas 2 jam perjalanan. Waktu Indonesia lewat 1 jam dari waktu kita jadinya jam 6:30 di sana dah gelap. Dari airport ambil shuttle Bluebird ke luar Bandara utk dapatkan taxi utk terus ke hotel yg saya booked dari Agoda di Mangga Besar iaitu Wow Hotel.
image

image

Hotel 3 bintang yg comfortable with wifi tapi tanpa lif dan bfast. Cuma yg susah skit…hotel ni rupanya terletak di kawasan happening rakyat cina indonesia makanya mencari makanan halal amatlah payah jadi malam pertama syukur ada pizza hut berdekatan hotel utk alas perut.

IMG_9580

Oh ya….oleh kerana kami semua 9 orang jadi kena ambil 2 taxi. Saya, mak, mak long n shafiq di taxi depan dan kanda serta anak2 yg lain di taxi belakang. Kami tersalah jalan makanya kanda  tiba dulu di hotel. Saat taxi parkir….muka kanda pucat saja. Oleh kerana naik taxi berasingan dan saya tak sampai2 di hotel….hati kanda jadi risau bangat..bimbang yg macam-macam.

Beli simcard simPATI siap2 utk kegunaan esok dan hari2 seterusnya. Oh ya….sampai di bilik..saat mahu rehat mak terperasan yg bagasi mak dah tertinggal. Aduhai…….bagasi mak tak mahu ikut ke bandung jadinya mak akan lalui hari2 di jakarta n bandung dgn baju baru yg bakal di beli di Pasar Baru….huhu