Green Tea

Standard

Green Tea pulak? Apa dah jadi dgn Natural Clenx Tea agaknya? Errmmm…biasalah. Kalau diri tu memang tak cukup determination and selalu hangat2 tahi ayam….inilah jadinya. Cepat sangat putus asa dan rasa jemu. Dgn Natural Clenx tea dulu memang dapat turun sekilo dua tapi tak komited. Bila jemu malas nak minum dah….lepas tu dok melantak har…sekarang 70kg sapa nak jawab? Diri sendiri juga yg susah. baju kurung semua dah sendat. Metabolisme slow tahap siput sedut…huhu

Kali ni gatal pulak nak cuba Green Tea gara-gara bila dok google2 katanya ia mampu tolong bakar lemak sekali gus boleh kurus cepat. Macam bagus je khasiatnya kan. Kata fakta lagi green tea ni hebat dalam….

  1. Mengurangkan tekanan darah tinggi
  2. Mengurangkan aras gula dalam darah
  3. Melawan barah
  4. Menguatkan sistem imunisasi kerana mengandungi polyphenols dan flavenoids pada kepekatan yang tinggi
  5. Menurunkan aras kolestrol, antioksidan dalam green tea boleh menurunkan kadar kolestrol
  6. Menggalakkan pembakaran lemak dan membantu dalam penurunan berat badan
  7. Membantu membuang toksin berlebihan di dalam badan dan mencantikkan kulit yang kusam, kering dan berbintik hitam

 

Dah cuba 2 minggu…..berat turun 1 kg. Sikitkan? Tapi tetap mengembirakan hati ini…huhu. Bukan setakat minum green tea je. Makan pun dah sikit sekarang. no more roti canai weekday…weekend je kalau nak belasah pun. Nasi lemak pun beli kalau dah teringin sangat. Lunch nasi separuh…mula2 tak tahan lapar….masuk minggu ke dua..orite je. Cuma bila balik kerja n singgah rumah mak je diet ada sikit boleh rosak. Mak nye air tangan mana boleh tolak….rugi worr.

Ya Allah…..janganlah semangat ni cepat luntur. Biarlah berpanjangan sampai boleh kempiskan perut yg mula dah buncit nie. Jeans size 32 masih belum boleh masuk lagi….tooolonnggggggg!!!

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s