Muezza Veterinar

Standard

Barney kucing jantan rumah ni hilang 2 hari dan semalam balik terhinjut-hinjut. Kaki kanan belakang ntahkan terseliuh..ntahkan patah. kanda beri pulus pesan suh bawa ke klinik. Sampai Muezza Veterinar di Nilai jam 1:30 petang. Di pintu tertulis..REHAT hingga 2:30 petang. Aduhai…lupa pulak waktu lunch. Malas mahu pulang…parking saja kereta depan klinik sambil rehatkan badan. Dalam tempoh sejam tu…akhirnya ada 3-4 kereta dah menunggu.

5 minit sebelum pintu di buka…tuanpunya pet masing2 dah tercegat. Oleh kerana selepas saya tadi ada mamat muka sedih bawa kura2 yg pecah cengkerang dek kerana dilangggar…saya beri laluan untuk dia masuk dulu. Tiba-tiba perempuan yg datang lewat bawa dua kucing sudah potong line saya. Darah seakan mahu naik sebab nurse manis dikaunter beri dia giliran no 2 tapi segera saya cuba bersabar kerana salah sendiri tidak beritahu nurse manis saya orang pertama yang tunggu dari jam 1;30 tadi. 

Alang-alang dah dapat no 3 dan bersabar…..saya beri pula ruang kpd orang no 4 utk masuk dulu gara2 kucingnya yg nampak teruk keadaannya. Tidak ralat kerana…kucing org no 4 memang sudah nazak dan harus ditidur sekaligus dimatikan.

Tapi…semakin saya minta hati bersabar….semakin pula saya geram dgn perempuan yg potong line saya tadi. Tak langsung minta maaf potong line..dah tu bawa 2 kucing sekali pulak tu. ish..ishh..Bukankah dia sepatutnya nampak kereta saya yg dah parking lebih awal dari dia? Kucing2 dia pun bukan tengah sakit…malah sihat walafiat je pun. Tak rasa bersalah ke bertindak begitu. Anak2 yg melihat..jadi hairan. Kepada anak2 saya beri pesan…..

Di mana dan dalam keadaan apa pun kita berada, jangan sekali-kali mengambil ruang apatah lagi hak orang lain. Jangan bersikap mementingkan diri. Mengenepikan hak orang lain seperti kejadian itu tadi adalah tidak adil. Belajarlah bertoleransi dan bersabar sekiranya perlu tetapi jangan pula hingga boleh diperkotak-katikkan. Saya bersabar tadi kerana saya bukan dalam keadaan tergesa-gesa. Memang ada sedikit sakit hati….tetapi entahlah dek kerana menunggu terlalu lama sudah jadi malas mahu melayan amarah agaknya.

Oh ya….klinik veterinar ini bagus. Doktornya so far terbaik dan harga affordable. Singgahlah…

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s