Percutian keluarga ke Jakarta & Bandung 13/12/13 : Day 3

Standard

Pagi ni  semua orang bangun awal utk solat Subuh sebab masuk waktu jam 4:06 minit dan habis waktu jam 5:26 subuh. Jangan sampai kesiangan…jam 6 pagi dah macam jam 7:00 waktu Malaysia. Jadi sila solat dan kemudian sambung ngorok. 7:30 pagi semua dah lapar lalu berjalan kaki lah semua orang menapak ke resto hotel. Semalam sampai di hotel dah gelap..apa pun tak nampak dan pagi ni…..wah….sejuk mata memandang. Kawasan hotel yg macam dusun….ada kolam ikan dikelilingi chalet dan banyak pokok buah-buahan yg di benarkan petik kalau mahu. Tergayut-gayut buah limau bali, kedondong, delima disulami bunga2 kembang mekar.

Image

Image

Image

Pepagi budak kecik dah merajuk kena sakat. Jom breakfast dulu. Hotel ni tempat orang kerajaan selalu buat training jadi bersarapan dgn orang berbaju batik indonesia kita hari ni. Makanan ada banyak variety. Bubur panas makan dgn kuah lontong memang terbaik.

Image

Dah kenyang…jom mulakan perjalanan membawa mak ke Pasar Baru membeli belah lagi. Oleh kerana dah letih sebab poket dah kosong…mak n mak long tak mahu ikut ke Trans Studio jadi singgah ke Kartika Sari beli roti utk minum petang di hotel. Kami..yeayy..ke Trans Studio….jom.

Image

Image

Image

ImageImage

Image

Image

Image

Image

Image

ImageImageImage

ImageImage

Di Trans Studio tiket masuk Rp150,000 bersamaan lebih kurang RM45 /pax. Nanti akan diberi kad dan dalam tu sila top up duit utk beli food n drink yg ada kt dalam. Semua games adalah FOC jadi mainlah semahu-mahunya. Berjalan sampai bengkak kaki dan kalau dah penat boleh minum kopi sambil rileks dengar live band. Masuk terang, keluar dah gelap. Perut pun dah lapar balik…rancangan ke jalan cihampelas diteruskan juga tapi anak2 dah keletihan jadi hanya menyusuri jalan dgn kenderaan. Dah tak larat nak berjalan kaki. Balik hotel..singgah Pizza Hut..tapau. Pizza Hut kat Indonesia sedap tau. Mesti singgah beli kalau ke Bandung/Jakarta.

Sila tidur awal…sebab esoknya mahu ke Tangkuban Perahu pulak.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s