Monthly Archives: February 2014

Do Not Judge !

Standard

Saya beberapa tahun ini sedang belajar untuk tidak menghakimi orang lain. Itu bukan hak kita….itu yg saya cuba latih diri sebaiknya.

Ini kisah semalam dan kisah beberapa minggu lalu.

Minggu lalu saya punya tugas di Imigresen Putrajaya. Di kaunter DP10 ada seorang perempuan cantik dan seorang perempuan biasa-biasa berpakaian seragam kemas memberi nombor dan melayan pertanyaan orang ramai. Perempuan cantik nampak tegas. Orang yg berada dibarisan saya kebanyakkannya ditegur serius dan akhirnya tiba giliran saya yg menerima nasib yg sama. Tidak puas hati..saya tunggu perempuan cantik beredar dan saya beratur di barisan perempuan biasa-biasa. Sampai giliran saya..perempuan biasa2 bersuara. “Maaf puan. Tadi tu bos saya. DIa memang macam tu. Takde masaalah kalau nak minta kami check dokumen puan ni…cuma tadi bila dia tak mahu check saya terpaksa diamkan saja”. Saya senyum dan angguk faham sambil jawab..”Takpe”. Dalam hati berkata-kata juga…sedikit.

Semalam saya ke sana lagi untuk DP11. Dari daerah rezeki jam 3:30ptg..jam 4:15 baru sampai. Aduhai…..kaunter dah pun tutup dan di kaunter yg sama ada perempuan cantik tempohari dgn 2 staff lain sedang duduk2. Saya dgn muka tak malu..mohon no juga…mana tahu kut ada belas kasihan utk saya walau dalam hati dah macam bersedia utk ‘dimarahi’ barangkali. Rayuan saya menjadi. Perempuan cantik arah staff ke dalam minta tambah satu no lagi sambil tangan menekan punat mesin yg keluarkan no baru. Oh sungguh hati saya berbunga-bunga. Baik pula hati perempuan cantik yg minggu dulu sedikit garang. Allah mudahkan urusan saya. Perempuan cantik beri ruang tanpa saya sangka-sangka….

Alangkah rasa bersalahnya saya kalau minggu lepas saya asyik berkata yg bukan2 tentang perempuan cantik itu bukan? Alhamdulillah saya belajar utk tidak menghakimi orang lain dan menerima semuanya tanda nasib tidak menyebelahi saya hari itu. Cuba juga faham…manusia itu diulit kehidupan dan permasaalahan yg pelbagai selagi masih bernyawa…maka belajarlah untuk redha. Itu lebih baik dari menghakimi. Mungkin minggu lalu ada galau..ada resah hingga mood ada swing2. Biasalah….kita pun tidak lari dari masaalah kan?. Bersangka baiklah…selalu….

Advertisements

Patutlah…..ada berita gembira rupanya….

Standard

Patutlah sejak akhir2ni rasa tak berapa sihat….patutlah tekak selalu rasa tak selesa…patutlah rasa malas mahu cakap banyak apatah lagi mahu gelak kuat2 macam biasa…patutlah mood ada sikit swing-swing…patutlah cepat rasa sensitif sampai tengok citer korea pun boleh sedih-sedih dan beberapa hari lepas rasa rindu membuak2 kat anak2 yg tiada dirumah dan kerana rindu itu..bila surat dari PLKN sampai….air mata cepat je mahu turun dgn tulisan Along Sabrina. Sedih bangat..cepat nau jiwa terusik.

Impian mahu 6 cahaya mata in shaa Allah di makbulkan Allah. Rezeki diberi di saat umur sudah sampai ke angka 40. Kata-kata Qaseh beberapa minggu lepas terkesan juga. Perut ‘buncit’…….ada isi rupanya. Saya yg sangat suka mengandung ini gembira bukan kepalang. Kanda…masih tergezut-gezut gara2 memikirkan umur yg dah hampir menginjak ke angka 50…konon..haha.

Awal kehamilan ini menduga semua yg saya sayang…menduga juga diri yg serba serbi lemah. Rumah dah tak berapa terurus. Pergi kerja pun saya gagahkan juga dek kerana kerja-kerja yg masih tak habis2. Usai kerja..balik ke rumah…..semua isi rumah seakan sudah terabai. Kanda mahupun anak2 sungguh memahami…tidak ada pun yg cuba menganggu…saya dibiarkan dalam dunia saya…tidur sambil menahan loya. Lepas solat Isyak terus tidur….citer Korea yg jadi ketagihan dilupakan….hihi

Semalam rasa sihat sikit….saya mohon maaf kpd kanda kerana mengabaikan rumah tangga. Kanda begitulah…suka sgt `beri muka` dan manjakan saya. Kasihannya kpd saya menggunung katanya….faham benar setelah saya beberapa kali mengalami trimester pertama yg sama sejak dulu.

Lama dulu selepas dianugerahkan Qaseh Fatihah yg comel..kanda selalu sakat saya. Beria-ria mahukan anak lelaki kononnya sebagai penutup. Siap ada nama lagi.Muhammad AKhir kata kanda. Saja kan…..

Oleh kerana sangat gembira…di awal kehamilan saya sudah ada nama utk org baru. Tak kisahlah lelaki atau perempuan…dua-dua pun saya bersyukur dgn Yg Maha Kuasa. Nak tahu apa nama yg saya suka? Kalau perempuan kami akan namakan Qaseh Maira’a…nama salah seorang kawan Along Sabrina semasa di Kusess yg menarik hati saya dan kanda. Kalau lelaki….saya nak namakan Muhammad Shakir. Shafiq…Shahir & Shakir…..comelkan..??

Perempuan mengandung ini sedang menghitung hari…..ayuh cepatlah loya-loya ini segera berlalu hendaknya……

lionofallah:Ibn Umar Radiyallahu Anhu saw a man carrying his mother on his shoulders and roaming her round the Ka’abah. The man said: “O Ibn Umar, do you think I have paid back my debt to her?”Ibn Umar replied: ” Your effort is not equal to a single one of her labor pains. Nonetheless you are doing well and Allah will give you a great reward for the little you are doing. “[Al Kaba’ar, The Chief Sins, Ad Dhahabi, 8th Major Sin, p. 38]www.lionofAllah.com

Sebelah lain…

Standard

Pagi ni macam biasa. Tak juga saya terkocoh-kocoh mcm minggu lepas hinggakan pintu ditutup dgn kunci rumah tertinggal dalam rumah. Pagi ni bangun awal..singgah rumah mak sebelum hantar Qaseh ke sekolah. Sebelum tiba ke tempat kerja…terbayang pula capati cicah dgn kuah dan kentang. Singgah mamak dulu.

Masa keluar kereta, terasa memijak dgn kaki yg tak berapa nk balance. Pandang ke bawah……

Adoyai…..sebelah kanan dan kiri..kasut tak sama !!!

Apa dah jadi ni? Tak kelam kabut pun..kasut sampai boleh tersalah pair? Eeerrmm…….adakah sebab keadaan badan yg tidak selesa hingga diri sendiri pun tak terurus? hehe……..ada berita gembira yg telah menghilangkan sedikit daya ketika ini…….huhu

 

Nyahkan ‘STRESS’ itu jauh-jauh….

Standard

Good thoughts…stay positive…have faith…control your emotions…everything will goes well and u will create amazing memories. Not only for urself but also for others around you. Don’t ever spoil the good memories u had all this while.

Apa yg ko merepek ni Labu?  Arrgghhhh………kita mungkin boleh menjadi sahabat yg baik sekiraya kita tidak berjumpa di dalam situasi yg stress begini. Aaarrgghh…merepek merapu lagi. Bersihkan hati dan jom senyum sokmo waima stress bagaimanapun ok. Lets look lovely beautiful people..!!

Qaseh 5 tahun 10 bulan

Standard

Image

Semalam…gara-gara perut saya yg ‘buncit’.

“Ibu, bila baby dalam perut ibu tu nak kuar? Ibu simpanlah dulu baby tu…tunggu sampai adik besar nanti baru ibu kuarkan dia tau seeeebaaaab…bolehlah adik dukung pastu jaga baby tu nanti.”

Hari ni…selepas pertandingan mewarna di perjumpaan KEMAS di IKTBN Sepang

Nama tak dipanggil sebagai pemenang. Air-mata tetiba membasahi pipi bila lihat kawan2 sorang-sorang naik pentas ambil hadiah. “Ibu…kenapa adik dah baca doa banyak2 masa adik kaler tadi…adik tak menang juga?”.

Soalan-soalan cepumas kan? Sila jawab dgn berhemah ok.