Patutlah…..ada berita gembira rupanya….

Standard

Patutlah sejak akhir2ni rasa tak berapa sihat….patutlah tekak selalu rasa tak selesa…patutlah rasa malas mahu cakap banyak apatah lagi mahu gelak kuat2 macam biasa…patutlah mood ada sikit swing-swing…patutlah cepat rasa sensitif sampai tengok citer korea pun boleh sedih-sedih dan beberapa hari lepas rasa rindu membuak2 kat anak2 yg tiada dirumah dan kerana rindu itu..bila surat dari PLKN sampai….air mata cepat je mahu turun dgn tulisan Along Sabrina. Sedih bangat..cepat nau jiwa terusik.

Impian mahu 6 cahaya mata in shaa Allah di makbulkan Allah. Rezeki diberi di saat umur sudah sampai ke angka 40. Kata-kata Qaseh beberapa minggu lepas terkesan juga. Perut ‘buncit’…….ada isi rupanya. Saya yg sangat suka mengandung ini gembira bukan kepalang. Kanda…masih tergezut-gezut gara2 memikirkan umur yg dah hampir menginjak ke angka 50…konon..haha.

Awal kehamilan ini menduga semua yg saya sayang…menduga juga diri yg serba serbi lemah. Rumah dah tak berapa terurus. Pergi kerja pun saya gagahkan juga dek kerana kerja-kerja yg masih tak habis2. Usai kerja..balik ke rumah…..semua isi rumah seakan sudah terabai. Kanda mahupun anak2 sungguh memahami…tidak ada pun yg cuba menganggu…saya dibiarkan dalam dunia saya…tidur sambil menahan loya. Lepas solat Isyak terus tidur….citer Korea yg jadi ketagihan dilupakan….hihi

Semalam rasa sihat sikit….saya mohon maaf kpd kanda kerana mengabaikan rumah tangga. Kanda begitulah…suka sgt `beri muka` dan manjakan saya. Kasihannya kpd saya menggunung katanya….faham benar setelah saya beberapa kali mengalami trimester pertama yg sama sejak dulu.

Lama dulu selepas dianugerahkan Qaseh Fatihah yg comel..kanda selalu sakat saya. Beria-ria mahukan anak lelaki kononnya sebagai penutup. Siap ada nama lagi.Muhammad AKhir kata kanda. Saja kan…..

Oleh kerana sangat gembira…di awal kehamilan saya sudah ada nama utk org baru. Tak kisahlah lelaki atau perempuan…dua-dua pun saya bersyukur dgn Yg Maha Kuasa. Nak tahu apa nama yg saya suka? Kalau perempuan kami akan namakan Qaseh Maira’a…nama salah seorang kawan Along Sabrina semasa di Kusess yg menarik hati saya dan kanda. Kalau lelaki….saya nak namakan Muhammad Shakir. Shafiq…Shahir & Shakir…..comelkan..??

Perempuan mengandung ini sedang menghitung hari…..ayuh cepatlah loya-loya ini segera berlalu hendaknya……

lionofallah:Ibn Umar Radiyallahu Anhu saw a man carrying his mother on his shoulders and roaming her round the Ka’abah. The man said: “O Ibn Umar, do you think I have paid back my debt to her?”Ibn Umar replied: ” Your effort is not equal to a single one of her labor pains. Nonetheless you are doing well and Allah will give you a great reward for the little you are doing. “[Al Kaba’ar, The Chief Sins, Ad Dhahabi, 8th Major Sin, p. 38]www.lionofAllah.com

2 responses »

  1. wah……..sue tumpang seronok best nya nak dapat baby lagi..moga akak dan baby sentiasa dilindungi….sue ni dgr org mengandung jadi terlebih seronok nak ngandung sendiri tak leh tak kahwin lagi he3🙂 Happy for You sis

  2. Terima kasih kerana sudi berkongsi kegembiraan ini. Doa sentiasa ada untuk Sue. In shaa Allah ada bahagia di hujung sana………

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s