Monthly Archives: September 2015

Hana Maira’a dah 1 tahun

Standard

IMG_20150815_191102 Sayang ibu Hana Maira’a dah setahun hari ni.

Sekejap je rasanya Hana yg ibu kendung masa bayi dah besar…dah boleh berjalan kedek-kedek terhuyung hayang. Dah ada gigi 6 batang.. dah pandai tunjuk perasaan bila kena marah…dah pandai buat muka…merajuk dan buli kakak n abang. Badan je halus tapi suka sangat makan. Kalau nampak plastik..cepat2 suh buka..nak makan….sebijik macam ibu kan.

Alhamdulillah Hana Maira’a selama setahun ni sihat walafiat. Pernah demam beserta batuk selsema pun sekali je. Pi injection tak pernah menangis, Hantar ke babysitter pun orite je. Takdelah sampai kasi ibu huru hara pepagi. Thank you for being such a good n adorable baby my dear.

Syukur ibu kepada Allah SWT kerana beri hadiah paling bernilai di saat ibu menginjak fasa 40an. Terima kasih kerana hadir menceriakan lagi rumah ibu yg sememangnya tak pernah sunyi.

Ibu sayang Hana Mira’a sangat-sangat. Hari2 pi kerja wajah hana je yg terbayang2. Wajah ayah..along..angah..kakak izzah..abg shahir..n kak chik masih sentiasa ada tapi yg banyaknya wajah n kerenah awak sampai tak sabar2 ibu nk balik rumah selalu.

Abah…..

Standard

IMG-20150810-WA0014

Lama dah tidak menulis. Terlalu banyak yang ingin dikhabarkan tetapi tak tahu bagaimana. Mahu dititipkan satu2,,,panjang pula nanti jadinya, Ikut saja otak dan tangan menekan kekunci…setakat mana dan perkhabaran bagaimanakah nanti mahu dinukilkan.

07 Ogos lepas abah aka hero saya diserang stroke. Abah punya sikap yang suka menyembunyikan sakit.

Petang sebelumnya abah mengadu tangannya kebas. Esok pagi sewaktu saya singgah seperti biasa..terlihat abah lena di kerusi malas. Itu bukan sikap biasa abah. Selalunya waktu saya singgah abah akan ralit membaca Al Quran. Saya tegur dan abah pandang saya sekilas. Ngantuk katanya. Waktu saya keluar,,,,mak bisik. “Semalam abah ko cakapnya tak berapa jelas….demam agaknya”. Saya langsung tak sedap hati, Kepada Along yg sedang tunggu panggilan belajar saya pesan..tengokkan atuk. Apa2 hal call ibu segera, Pesan saya diterima Along dengan anggukan faham.

Di ruang kerja….saya masih tidak sedap hati. Selang 2 jam saya sms Along bertanyakan khabar abah. “Atuk mengantuk. Buka mata sekejap dan tidur balik. Solat Jumaat pun tak larat pegi”. Mendengarkan itu saya yakin ada sesuatu yg tidak kena. Abah tidak akan culas solat Jumaat dan biasanya pergi awal, Jam dah menunjuk ke angka 12 tengahari.

Segera saya bergegas pulang….sampai dan lihat abah masih di kerusi yang sama. Saya panggil nama abah…rasa badannya adakah demam dan ketika tangannya saya capai….terkejut saya betapa bengkaknya tangan abah. Cepat2 saya pujuk ke hospital…..digeleng2kan kepala. Saya pujuk lagi dgn janji hanya bawa ke klinik…baru abah setuju. Bercakap memang tidak jelas langsung. Stroke bermain di fikiran saya. usai di klinik..abah di rujuk ke Serdang hospital. 3 hari dalam wad…abah balik dgn badan sebelah kanan tiada upaya.

Hari ni hari ke 40…..Alhamdulillah dan syukur kpd Allah progress abah nampak sangat positif. Abah dah boleh bercakap walau ada yg tidak jelas. Boleh juga berdiri sendiri dgn bantuan….senang nak move dari katil ke wheelchair. Dah boleh gelak2 senyum dgn telatah Rara.

Berdoa lagi dan lagi agar abah diberi kesembuhan. Di kuatkan semangat untuk terus yakin boleh pulih.

Terima kasih Allah.