Abah…..

Standard

IMG-20150810-WA0014

Lama dah tidak menulis. Terlalu banyak yang ingin dikhabarkan tetapi tak tahu bagaimana. Mahu dititipkan satu2,,,panjang pula nanti jadinya, Ikut saja otak dan tangan menekan kekunci…setakat mana dan perkhabaran bagaimanakah nanti mahu dinukilkan.

07 Ogos lepas abah aka hero saya diserang stroke. Abah punya sikap yang suka menyembunyikan sakit.

Petang sebelumnya abah mengadu tangannya kebas. Esok pagi sewaktu saya singgah seperti biasa..terlihat abah lena di kerusi malas. Itu bukan sikap biasa abah. Selalunya waktu saya singgah abah akan ralit membaca Al Quran. Saya tegur dan abah pandang saya sekilas. Ngantuk katanya. Waktu saya keluar,,,,mak bisik. “Semalam abah ko cakapnya tak berapa jelas….demam agaknya”. Saya langsung tak sedap hati, Kepada Along yg sedang tunggu panggilan belajar saya pesan..tengokkan atuk. Apa2 hal call ibu segera, Pesan saya diterima Along dengan anggukan faham.

Di ruang kerja….saya masih tidak sedap hati. Selang 2 jam saya sms Along bertanyakan khabar abah. “Atuk mengantuk. Buka mata sekejap dan tidur balik. Solat Jumaat pun tak larat pegi”. Mendengarkan itu saya yakin ada sesuatu yg tidak kena. Abah tidak akan culas solat Jumaat dan biasanya pergi awal, Jam dah menunjuk ke angka 12 tengahari.

Segera saya bergegas pulang….sampai dan lihat abah masih di kerusi yang sama. Saya panggil nama abah…rasa badannya adakah demam dan ketika tangannya saya capai….terkejut saya betapa bengkaknya tangan abah. Cepat2 saya pujuk ke hospital…..digeleng2kan kepala. Saya pujuk lagi dgn janji hanya bawa ke klinik…baru abah setuju. Bercakap memang tidak jelas langsung. Stroke bermain di fikiran saya. usai di klinik..abah di rujuk ke Serdang hospital. 3 hari dalam wad…abah balik dgn badan sebelah kanan tiada upaya.

Hari ni hari ke 40…..Alhamdulillah dan syukur kpd Allah progress abah nampak sangat positif. Abah dah boleh bercakap walau ada yg tidak jelas. Boleh juga berdiri sendiri dgn bantuan….senang nak move dari katil ke wheelchair. Dah boleh gelak2 senyum dgn telatah Rara.

Berdoa lagi dan lagi agar abah diberi kesembuhan. Di kuatkan semangat untuk terus yakin boleh pulih.

Terima kasih Allah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s