Memperbaiki diri sendiri

Standard

Alhamdulillah…akhirnya saya menulis semula. Rindu yg sarat tetapi kemalasan menulis membuatkan luahan dan cerita2 menarik hanya berlalu pergi begitu saja.

Saya baru sebut Alhamdulillah…yg ertinya adalah “All prise due to GOD alone” / “Segala puji hanya bagi ALLAH SWT”.  Kita menyebut ini setiap hari…jam…minit..SubhanALLAH.

Pagi ini sewaktu membeli sarapan pagi..tuan punya gerai bertanyanya khabar kpd customernya yg sedang sibuk memilih kuih. Seorang lelaki dlm lingkungan 40an. Jawapan lelaki ini tentang khabarnya membuat hati saya berkata2 sendiri.

“Khabar…mcm tulah. Alhammmmdu……….tak boleh sambung lagi sebab gula naik 14 malam td.”

Apa maknanya itu? Kenapa tidak di teruskan sahaja ayat tersebut….sekurang-kurangnya kita perlu bersyukur ke hadratnya kerana masih di beri nafas pagi ini kan.

Segera saya buangkan pandangan negatif…dan bersangka baik sahaja. Mungkin lelaki 40an ini tidak berapa faham maksud perkataan Alhamdulillah yg disebutnya sering.

Saya….melihat dalam diri. Makna2 bacaan dalam solat juga masih belum saya hafal kesemuanya. Patutlah khusyuk waktu menunaikan solat hanya bertahan beberapa minit…mungkin saat.

SubhanALLAH…….saya belajar menilai diri melalui org lain hari ini.

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s