Monthly Archives: July 2018

Apa Itu Takaful

Standard

Perkongsian dari http://www.pakdi.net

Takaful adalah perkongsian risiko.

Misalnya kos menguruskan satu jenazah adalah RM 1 ribu. Ada keluarga yang tidak bersedia dengan dana kecemasan sebanyak itu.

Jadi dalam sebuah taman perumahan, mereka buat satu tabung yang dipanggil tabung khairat kematian. Tabung ini biasanya diuruskan oleh pihak surau atau masjid.

Katakan dalam taman itu ada 100 penduduk Islam. Kadar kematian pula biasanya dalam setahun ada satu, kadang-kadang dalam setahun tidak kedengaran berita orang meninggal dunia. Jadi mereka berpakat masing-masing membayar caruman RM40 seorang. Duit dari tabung khairat itu diharap mampu menampung manfaat sekiranya ada satu kematian berlaku dalam satu-satu tahun.

Sekiranya ada ahli kariah yang meninggal dunia, maka ahli keluarganya akan menerima sejumlah manfaat yang diambil menggunakan duit dari tabung tadi. Dapatlah keluarganya menampung kos pengurusan jenazah. Mungkin juga ada lebihan untuk duit belanja dapur buat sebulan dua.

Inilah kita panggil perkongsian risiko. Setiap ahli berpakat untuk berkongsi risiko mengikut manfaat yang ingin diterima.

Praktis Dalam Industri Takaful

Konsep yang sama dipraktikkan dalam takaful.

Bezanya bayaran tadi diuruskan dengan lebih sistematik dan jumlah caruman yang perlu dibayar ditentukan oleh pengiraan secara sains aktuari.

Perlindungan kewangan yang disediakan pun adalah lebih banyak. Tidak terhad “khairat kematian sahaja”. Tetapi perlu bukan semua risiko kewangan dapat diselesaikan dengan produk takaful.

Selain itu perlindungan kewangan juga bergantung kepada manfaat apa yang kita pilih. Ada banyak produk takaful, dalam Takaful Keluarga sahaja ada banyak rider yang kita boleh pilih.

Rugi Kalau Ambil Takaful ?

Barangkali ada yang berkata,

“Syarikat takaful lah paling untung kalau tidak ramai orang meninggal dunia atau claim sakit kritikal kan?”

Kenyataan ini betul untuk syarikat insurans, tetapi tidak untuk syarikat takaful. Pelanggan insurans membayar premium, manakala peserta takaful memberikan sumbangan. Premium yang dibayar itu memang menjadi milik syarikat insurans, tetapi sumbangan peserta takaful itu tidak menjadi milik syarikat takaful.

Bergantung kepada model takaful yang diguna pakai. Misalnya berdasarkan model wakalah, sumbangan bulanan yang kita bayar akan dimasukkan dalam tabung tabarru’. Kemudian syarikat takaful pengendali tabung tersebut berhak mendapat upah. Maka, yang bahagian upah itu sahajalah yang menjadi milik syarikat takaful. Manakala tabung tabarru’ itu dilaburkan, disimpan untuk manfaat semua peserta yang menyertainya.

Kenapa Makin Berusia, Caruman Makin Mahal ?

Kita tidak tahu bila ajal kita datang.

Tetapi kita tahu mereka yang berusia 50 tahun lebih besar kebarangkalian untuk meninggal dunia berbanding orang yang berusia 20 tahun.

Selain itu risiko setiap individu tidak sama. Penilaiannya dibuat berdasarkan umur, pekerjaan, jantina dan juga sejarah penyakit individu tersebut atau keluarganya.

Advertisements

Kembali….

Standard

Lama sudah tidak menulis. Penuh sawang. Entah mengapa pagi ni…hati seakan rindu mahu menulis lagi. Agaknya..ada beberapa insiden istimewa yg berlalu minggu ini yg rasanya kalau tidak dititipkan….maka rugi pastinya. Mana mungkin memori hanya dibiarkan dikotak ingatan sedangkan ada medium terbaik utk dicatatkan di sini kan?

Hari2 yg lalu meninggalkan saya dgn beberapa perkara baik yg masih saya fikirkan sehingga pagi ini. Minggu lepas sewaktu saya bertugas membuang sampah pejabat…berselisih dgn mak cik cleaner dalm lif. Lif berhenti di GF kami keluar bersama, mak cik cleaner minta plastik sampah yg saya pegang. Utk apa makcik? tanya saya. Bagi je lah nak……mak cik buangkan. Jawabnya. Sambil berjalan ke tempat buang sampah…..mcm berbisnes pulak jadinya. Mahu juga dia sampah itu bertukar tangan..jawapan yg terpahat dlm minda saya hingga hari ini adalah….”Bagi je lah nak..mak cik nak pahala..hari ni kan hari Jumaat”. Nah kau….sedebuk makcik bagi jawapan padu yg buat kau terkesima. “Xpe makcik…niat mak cik pun dah Allah beri pahala“. Jawab saya kekdahnya mcm org tamak pahala je kan? Mak cik kejar pahala…saya pun nak juga…sambung saya sambil beriring jalan sama sambil bertukar senyum dgn mak cik tadi.

Entah kenapa sejak akhir2 ni..saya rasa ramai org keliling skrg dah nampak pentingnya mengejar pahala. Mungkin saya je kut yg baru perasan. Sebab ….tetiba dah rasa macam tak sempat nak kaup pahala banyak2 lately. Kenapa?

Sebab…..umur yg Allah beri pada saya ni dah panjang sangat…Alhamdulillah. 44 tahun tapi apa sajalah yg saya dah buat utk bekalan akhirat. Setakat yg wajib..mana cukup? Lately baru saya rasa……..44 tahun yg berlalu..kalau Allah beri saya tambahan umur boleh hidup sampai 60..maknanya 14 tahun yg masih berbaki sempat ke nak cover apa yg terkurang 44 tahun dulu??

Sewaktu menulis ini..air liur pun dh ditelan banyak kali. Hidung pun dah pedih2 rasa mcm nak menangis. Ya Allah…..doa saya pagi ni..mohon Allah panjangkan umur sbb masih banyak yg belum saya buat utk Allah, bekalan akhirat diri sendiri dan membahagiakan orang2 yang saya sayang. Masih banyak!!

Panjangkan umur hambaMu ini Ya Allah..berikan sihat supaya boleh terus beribadat kepadaMu. Aku mohon sungguh-sungguh Ya Allah. Makbulkan doa hambaMu yg serba kekurangan ini. Aamiin.

Image result for ya allah ampun dosa