Hana Maira’a : 22 Oktober 2014

Standard

10177522_10152787471484723_3069822417359576395_n

Akhirnya..baru ada mood mahu menulis. Keterbatasan waktu juga sebenarnya…maklumlah sudah ada orang baru. Hadiah paling bernilai dari Yang Maha Kuasa. Sewaktu menulis di meja makan ni..mata tak habis2 melirik ke hadiah istimewa…melihat dari jauh si kecil tidur pulas…comel. Seringkali itu juga gesaan mahu segera menciumi pipi tembam itu segera hadir.

1743739_10152787471329723_5417516728032689900_n 10422962_10152787472274723_7913752006135356126_n 10440754_10152787472679723_4087963271480583184_n 10557253_10152787472154723_6672407722050089777_n   10658741_10152787476694723_5245949891061069607_o

Hana Maira’a…hadir di kala umur saya lewat 40an. Qaseh Fatihah yg kini sudah 6 tahun pun sudah cukup bijak untuk menerima dgn kasih sayang sepenuhnya sikecil ini. Di awal2 kelahiran….culas ke sekolah..nak ponteng saja..mahu bersama sikecil sahaja sentiasa. Dia sendiri yg bahasakan dirinya Kak Chik. Iri hati?? Saya tak pasti riak itu hadir atau tidak dalam diri Qaseh Fatihah..cuma kalau dulu dialah yg sering diciumi dan dimanjai..sekarang dia pula yg mengingatkan agar di beri ciuman dan diberi perhatian kadang-kadang. Kasih sudah nampak seolah-olah Hana Maira’a yg punya kan? Tidak…kasih untuk anak2 tetap sama. Semuanya diberi sayang sepenuh hati cuma perhatian lebih sedikit kepada si kecil yg baru melihat dunia.

Beberapa hari lagi saya akan MERDEKA dari berpantang walau sebenarnya berpantangkan Qaseh Fatihah n Hana Maira’a tidak banyak berbeza….pantang koboi. Ye la..di rumah sendiri..jauh dari ekor mata mak…tak lah berpantang strict sgt lagipun dah ramai anak…dah pandai uruskan diri sendiri..dah tahu badan boleh terima makanan yg bagaimana. Sihat alhamdulillah.

Along Sabrina cuti sem 2 bulan…..meneman dan membantu di rumah. Shafiq SPM beberapa hari lagi. Entahkan sudah bersiap-siaga atau belum bujang seorang ni…tidaklah saya pasti kerana seperti yg saya khabarkan dulu-dulu…bujang ini wataknya mudah..gembira n senjum saja. Tiada gusar..tiada gundah. In shaa Allah menjenguk Ahad ini,,,mahu dibekalkan kata semangat dan kemudian mendoakan dari jauh. Izzah dah selesai PT3. Sekejap katanya ok..sekejap katanya susah. Exam pun dah selesai…tunggu, redha dan doakan yg baik2 saja. Shahir yg dulunya kanda dok bimbang tak tinggi2,,dah naik 3 cm beberapa bulan ni. Makan pun dah berselera….tapi kurusnya macam tu juga.

Life is great…..Terima kasih Allah !

10639352_10152787471714723_5461696706747089317_n

\

Solat Istikharah

Standard

Sukar membuat pilihan? Buntu? Hati bolak balik mencari kata putus? Tiada jawapan untuk diri sendiri? Tidak tahu pilihan mana yg terbaik untuk kehidupan…pekerjaan…atau apa saja? 

Sungguh…Islam itu Indah. Tak perlu susah-suah hati..pening-pening fikir sampai pecah kepala. Allah sentiasa ada untuk mendengar keluhan..membuka ruang permintaan…moga saja dikabulkan…apatah lagi Dia Maha Mengetahui serba serbi apa yg terbaik buat kita. Jadi..apa lagi? Solatlah mohon pada Yg Maha Kuasa. Hasilnya? Menakjubkan….saya sangat yakin itu. Hati jadi tenang…cubalah.

SOLAT SUNAT ISTIKHARAH
Islam disuruh mengerjakan solat sunat Istikharah bagi menyelesaikan jalan buntu atau untuk membuat suatu pilihan atau keputusan dalam segala urusan kehidupan. Terdapat beberapa hadis Rasulullah SAW yang menggalakkan solat Istikharah. Di antaranya;
Rasulullah SAW bersabda: 

“Di antara kebahagiaan anak Adam ialah Solat Istikharah (minta pilih) daripada Allah Taala dalam segala urusannya dan di antaranya kecelakaan anak Adam ialah meninggalkan solat Istikharah daripada Allah pada segala urusannya.”

 

 

“Apabila seseorang kamu berkehendak melakukan sesuatu, hendaklah dia rukuk dengan dua rukuk (sembahyang dua rakaat) selain daripada sembahyang fardhu.”

 
la boleh dikerjakan dua rakaat atau sehingga dua belas rakaat (enam salam). Waktunya siang atau malam. Sebaik-baiknya dikerjakan pada waktu sebelum tidur malam. Insya-Allah Tuhan akan menggerakkan hati anda dan memberi petunjuk untuk membuat sesuatu keputusan atau penentuan yang betul.
 
Terdapat dua cara untuk melakukan Solat Istikharah Ini:
 
a.   2 rakaat, 1 salam
b.   12 rakaat, 6 salam
 
 
Cara Melaksanakannya:
 
1. Apabila hendak memulakan sembahyang, hendaklah meluruskan hati dengan menyerahkan segala urusan sepenuhnya kepada Allah S.W.T. Rehatkan akal fikiran daripada menimbang-nimbang sama ada pekerjaan ituelok dibuat ataupun tidak.
 
2. Setelah bersiap dengan wuduk, berdiri tegak serta menghadap kiblat, mulakanlah sembahyang dengan mengangkat takbiratul ihram denganLafaz dan Niat:
 
Ertinya: “Sahaja aku sembahyang sunat Istikharah dua rakaat kerana Allah taala.”
 
 
3. Bacaan surah selepas Al-fatihah ialah:
 
Rakaat Pertama: Surah Al-Kaafiruun
Rakaat Kedua: Surah Al-Ikhlas
 
4. Dalam sujuk terakhir (sujud kedua pada rakaat yang kedua), bacalahtasbih berikut sebanyak 40 kali:
 
Ertinya: “Maha Suci Engkau, tiada pengetahuan bagi kami melainkan apa yang Engkau berikan pengetahuan kepada kami. Sesungguhnya engkau Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana.”
 
 
 
5.  Sebelum bangkit dari sujud, mohonlah kepada Allah SWT. dipertunjukkan jalan yang betul dalam membuat keputusan dan pilihan.
 
6.  Selesai memberi salam, bacalah selawat untuk dihadiahkan kepada Rasulullah S.A.W, para sahabat Baginda, para wali Allah dan seluruh umat Islam.
 
7.  Membaca doa solat sunat Istikharah:
 
Ulangilah doa ini sebanyak 3 kali. Dalam berdoa sebaik-baiknya sebutkan permintaan yang ingin diberikan petunjuk oleh Allah SWT. misalnya: “Ya Allah! Jika Dikau mengetahui urusan ini..….. (sebutkan perkaranya).” 
 
 
Serahkanlah sepenuh keyakinan kepada Allah SWT. sambil bermohon kepada-Nya agar diberikan petunjuk, sama ada didatangkan melalui mimpi, gerak hati atau dengan dipermudahkan urusan yang mana baik. Tidurlah dalam keadaan berwuduk dan berpakaian bersih.
 
Lakukan solat Istikharah 3 atau 7 hari berturut-turut, mengikut kepentingannya. Insya-Allah akan diberi kecenderungan atau digerakkan hati untuk membuat sesuatu keputusan atau pilihan yang betul.

Pengertian ‘Kesusahan’

Standard

Erti kesusahan kepada setiap individu adalah berbeza. Tidak dapat membeli baju baru bulan ini…bagi sesetengah orang sudah mencapai tahap kesusahan. Bagi individu lain pula…tidak makan yg sedap2..tak dapat perolehi apa yg org lain ada mungkin juga sudah dikatakan susah. Pengertian “susah” itu berbeza bukan?

Seperti yg pernah saya nukilkan sebelum ini……hidup ini umpama roda. Kita senang hari ini tidak bermakna kita senang selama-lamanya. Susah hari ini juga tidak bermakna kita akan susah selama-lamanya. Dugaan yg tidak berpenghujung pada segelintir manusia..pasti ada ganjaran yg akan diberi Allah SWT nanti…saya yakin.

Saya juga pernah di jenguk susah.

Pernah tidak mampu membeli baju raya..pernah juga hanya mampu beli nasi putih buat alas perut….berkongsi pula nasi yg sama dgn teman lain. Melalui ini…sesekali diimbas kesusahan lalu..saya fikir ini bukan apa-apa. Saya percaya…kita perlu melalui sedikit kesusahan untuk menjadi tegar dan kuat sekiranya nanti kehidupan kita dijengah kesusahan bila-bila masa. 

Kan sudah saya katakan…selagi perut boleh diisi walau hanya sekadar nasi kosong dan air kosong….kita masih beruntung dari orang lain. Jadi bersyukurlah…..selalu.

Terima kasih Allah

Standard

Dalam menghadapi dugaan sediaada….Allah berikan juga nikmat yg tidak terkira nilainya. Terima kasih ALLAH. Terima kasih di atas dugaan dan nikmat yg KAU berikan kepada hambaMU ini yg culas juga kadang-kala dalam mengerjakan kewajiban terhadapMU. Aku mohon Kau berikan kekuatan dan kesabaran untuk mengharungi kehidupan ini. Kuatkan juga iman kami untuk terus dekat dan beribadah kepadamu ya ALLAH. Jangan sampai kami lupa untuk terus memanjatkan syukur ke hadratMu. Bukakan hati-hati kami untuk menjadi sebaik-baik hamba disisiMU. Aamiin.

Along mendapat dua tawaran sudah. Satu ke kolej matrikulasi Pulau Pinang dan utk UPU…Asasi di UiTM. Terserah Along untuk memilih yg terbaik. Saya dan kanda bukan dari kalangan profesional…kami hanya insan biasa yg tidak berapa arif tentang menentukan masadepan pembelajaran anak-anak tetapi itu tidak bermakna kami tidak berusaha untuk ambil tahu. Kami mencuba sedaya yg mampu untuk mendapatkan maklumat….tetapi kami serahkan juga keputusan di tangan empunya diri. Along saya kira bijak memilih yg terbaik untuk diri sendiri…in shaa ALLAH.

Untuk nikmat ini…apa lagi yg mampu dilakukan selain memanjatkan syukur bukan? Seperti yg selalu disebut orang…Allah sembunyikan matahari…kemudian datangkan hujan dan petir…kerana….Allah mahu anugerahkan kita pelangi.

Dalam gundah..Allah hadiahkan bahagia…..Syukur Alhamdulillah.

fa289a121a7a868d0898967cfa3d779e

Whatsapp

Standard

Kalau dulu…asyik ganggu ayah dengan call tak kira masa.
Kini….budak kecik bernama Qaseh Fatihah dah mcm org bercinta. Tak habis2 whatsapp ayah mereport dan bertanya tentang apa saja kalau ayah takde depan mata.
Comel sebab kadang-kadang ada ejaan yg tersalah…hihi
Tapi kena hati2 sebab dia dah pandai baca whatsapp ibu dan ayah….kacau daunlah budak kecik yg dah nak upgrade jadi kakak nie…..

image

Ngidam

Standard

Sepanjang proses saya mengandungkan Along Sabrina hinggalah ke Qaseh Fatihah…..saya tidak pernah dijengah perkataan ‘mengidam’.

Saya yg suka makan akan makan apa saja makanan dan kebanyakkannya yg sedang di dapati di sini. Dipersekitaran yg ada bermacam-macam jenis makanan….timur..barat….utara..selatan….makanan omputih..u name it….ceeewah…mudah mahu di cari. Itulah sebabnya istilah mengidam itu tak pernah wujud.

Tapi hari ni…..mcm teringin nak makan yg ini la….

Semua org pasti tahu apa itu. Tahu yg banyak khasiat. Tapi yg itu bukan tahu Malaysia ok. Tahu tu cuma boleh dapat kat Bandung aje. Namanya “Tahu Susu Lembang”…wah…menyebut namanya saja dah kecurkan liur. Tahu ni spesel sebab dicampurkan susu lembu aka sapi jadi memang terasa lemak dan sedap bila digigit pulak dengan cili api kecil warna hijau macam dalam gambar tu.

Peerrghhh……..kunyah pelan2 sambil tutup mata ok. Barulah nikmat ! Alangkah bahagianya jika Bandung hanya sepelaung….dah tentu lama dah saya sampai ke sana….huhu.

Trimester 2

Standard

Saya dah masuk ke trimester 2 sekarang. Walau kekadang masih juga loya..mual dan muntah tapi tidaklah seteruk seperti di trimester 1 dulu. Syukur alhamdulillah. Selera makan juga dah macam biasa…ke kenduri kahwin pantang diajak macam dulu-dulu. Cuma masih kalah bila senja menjenguk…..usai solat Maghrib kalau sihat..bergelak ketawalah saya menyakat anak2 dan kanda..pot pet pot pet mulut riuh macam biasa tapi kalau tak sihat selalunya saya jadi lemah dan terbaring di sofa 3 seater yg dah jadi macam port utama saya tiap malam. Hamil di usia 40 saya kira agar sukar juga. Tenaga dah tak macam dulu. Mahu naik ke tingkat dua saja…..saya dah sedikit mengah.

Ini belum lagi bab tengok, baca atau dengar citer sedih. Sensitif bangat maka akan cepatlah berjurai air mata dibuatnya. Cepat benar hati tersentuh. Jadi saya elakkan menghampiri apa jua yg sedih2 walau kini dihimpit galau. Hidup ini umpama roda….sekejap kita diulit bahagia..sekejap lagi kita bisa saja gundah gulana. Hari ini kita punya segala….esok lusa boleh hilang semua. Dugaan hidup itu tidak pernah surut. Allah memberi sewajarnya…semampu hamba-hambaNYA.

Untuk tahun 2014 ini…..beberapa dugaan melanda. Syukur kanda masih juga bersama saya dalam kesabaran luar-biasa walau kekadang….terkeluar juga gejolak rasa tanda ketidak-puasan hati. Kewangan keluarga sedikit terganggu dan saya yakin Allah mahu saya melihat betapa tahun-tahun kebelakangan ini perbelanjaan keluarga tidak dipantau sebaiknya. Nah…sekarang belajarlah bersederhana….berdikit-dikit berbelanja dan merasai bagaimana susahnya orang yg tidak mampu punya apa2.

Selagi dapur masih boleh berasap…selagi perut keluarga masih boleh berisi..itu masih dikira bertuah. Di luar sana…..masih ramai yg kais pagi makan pagi..kais petang makan petang malah tidak punya kesempatan mahu duduk2 merasa makan di kedai-kedai lip lap sepanjang jalan. Betapa sepatutnya saya bersyukur bukan?

Melalui fasa ini mengajar saya melihat banyak perkara.

Perkara yg kadangkala saya pinggirkan dan tidak ambil berat…kesusahan orang lain yg tidak punya apa-apa……..