Monthly Archives: May 2009

Mimpi buruk…..

Standard

Semalam saya mimpi buruk. Sebenarnya saya ni jarang sekali punya mimpi. Tidur saya selalu-selalunya adalah tidur yg nyenyak dan kosong. Agaknya sebab penat bekerja seharian di aduk kerja di rumah yg tak pernah surut ditambah dengan kekenyangan bersantap di rumah mak saban hari usai kerja. Terima kasih Mak!! Keletihan itu barangkali adalah penyebab tidur yg lena pada empunya badan hingga kurangnya mimpi dapat menerobos masuk menganggu dikebanyakkan malam.

Kalau ada mimpi yg kunjung pun adalah mimpi yg entah apa-apa. Yg saya pun tak faham langsung biji butir apa lagi hujung dan pangkalnya. Dalam pada tu kekadang wujud juga mimpi yg amat-amat jelas dan mimpi macam ini akan tentunya beri kesan pada saya beberapa hari. Mimpi sebegini adalah mimpi paling jarang dan ia telah menganggu saya malam tadi.

Jam 4 pagi saya terbangun dan termanggu sebentar. Berpeluh jugak la mengenangkan mimpi sebentar tadi. Jelas betul mimpi ni…macam real la pulak. Ngeri pun ada. Panjatkan doa cepat-cepat agar Allah SWT elakkan benda-benda macam ni wujud dalam hidup saya. Walau apapun kalau diduga juga saya mohon diberi kekuatan dan kesabaran. Tetiba rasa rindu terbit menyelinap dalam diri. Capai h/phone dan hantar sms pada kanda.

Saya mimpi Kanda. Saya RINDU barangkali.

Kembali cuba melelapkan mata. Mengharapkan mimpi tadi kembali lagi. Minta disambung agar tahu pengakhirannya. Puas menanti tapi hampa.

Kanda cepatlah pulang……….

p/s: Makin tua…makin mengada-gada perempuan ni kan.

Saman

Standard

Hari ni adalah hari yg sangat meletihkan badan dan otak. Training organised by Jabatan Perusahaan Industri, Kementerian Sumber Manusia punya banyak good info yang boleh digunapakai tetapi being there for whole day adalah sungguh-sungguh meletihkan.

Petang on the way balik kanda call bagitau dapat surat saman utk WNA.

Kesalahan: Melanggar Lampu Merah

Lokasi: Jalan KLIA ntah mana-mana

Kanda bukan main..mentang-mentangla most of the time keta tu saya yg pandu, dia terus nak blame saya pulak. Jap..jap….sabar, ni kena check dulu.

Kanda: Hang nye Nurses Nite bukan bulan 11 ke?

Saya: Bukan….tu bulan 7 la.

Kanda: Konvokesyen? Bulan brapa?

Saya: Bulan 11 kut…ops…bulan 10 la..

Emmmm…check punya check, ingat punya ingat akhirnya memori muncul. 19hb NovĀ  tu saya takde kat sepang. Jeng..jeng..jeng…..nasib baik ada blog sebagai bahan bukti. Masa tu seminggu outstation roadshow a.k.a jalan-jalan cari makan ke selatan. Ha…apa lagi kanda, jawap..jawap….sapa punya angkara kena saman ni kalau bukan kanda. Ha..ha……datang lah pening tu…kena bayar saman.

p/s: esok ada poco-poco. last week class dah belajar sampai pandai step 1-4. Esok sambung. Bersemangat nie….

Boarding School – KUSESS

Standard

DSC02966Along dapat masuk sekolah berasrama penuh. Dipanjatkan kesyukuran kepada yang Maha Kuasa. Isnin 4/4/09 adalah hari pertama si dara menjejakkan kaki. Pendaftaran , taklimat serba sedikit, di hantar ke bilik asrama dan jam 3 petang terus memulakan sesi persekolahan. Emosi….eeerrmmm..mula2 cam gabra, suprise dan lepas turun dari asrama macam nampak excited. Bila hampir jam 3, kami pun nak beransur…muka pun cam dah mendung balik. Kata-kata perangsang akhir sebelum balik…..

Ibu: Along, kuatkan semangat tau. Tak mau nangis-nangis. Org lain pun semua sama macam along. Parents semua jauh n takde kat sini. Ibu tahu anak ibu memang kuat dan mesti belajar rajin2 ..OK.. (Dgn muka ceria habis + tahan jgn nampak muka sedih)

Along: (Dengan muka tahan sedih cuba buat ceria). Ok Ibu! sambil peluk cium dan angkat ibu jari tanda OK.

Ayah: Along, jaga diri baik2, perangai mesti elok, bla..bla..bla…dah…sampai kat ayah dia…budak tu pun dah berair2 mata.

Kanda ni, emosi betul la. On the way balik, kanda pulak yg banyak fikir.

Hari 1 Petang jam 6 along call: Ibu, along OK. Ibu dah sampai mana. Ptg kena mandi nanti esok along call ibu k.

Hari 2 Petang jam 5.30 along call lagi lepas 5 panggilan tak berjawab (ada meeting). : Ibu….pegi mana? Napa tak jawab call along? Ibu dtg tak minggu ni? Along tak leh balik. Kalau Ibu datang nanti bawa ‘kerabu sotong’ ya. Along rindu Ibu……..

Hari 2 Malam jam 10.59 : Ibu, buat apa? Along dah habis prep. Ayah ada? Ayah dtg tak minggu nie? Ayah mesti datang tau.

Ha…hari ni dah hari ke 3. Amacam? Rasanya dah ok kut. Biasala…tak pernah berjauhan. Itu lah orang kata……

Bila Dekat Bau Ketiak…..

Bila BerJauhan Bau Bunga…….

Dok rumah asyik membebel dan kena bebel….bila dah jauh..tukang bebel dan mangsa bebel masing2 saling rindu merindui.

IBU SAYANG ALONG!!!!!!

P/s: Malam pertama kanda dah mimpi..anak dara dia bangun pagi terkulat2 tengok org semua dah beratur kat bilik air. Duduk atas katil..terlena..bila bangun….org semua dah pi sekolah. Kanda…kanda…..