Monthly Archives: April 2012

Spa urutan

Standard

Dah 2 hari demam. Badan sakit-sakit dan hari ni alhamdulillah dah kurang. Bestnya kalau dapat manjakan diri pi berurut di spa. Tiba-tiba ingatan menerawang nun jauh ke Bandung saat bersama kanda.

Disana urutnya bagus dan paling penting sangat murah. Dalam satu jam treatment tak sampai pun RM50 dengan layanan 1st class. Suasana bagus….kelaaaassss. Sebelum berurut, diberi locker simpanan barang dan diminta tukar baju aka berkemban. Duduk di birai katil….di minta juntaikan kaki dibekas takungan air untuk dicuci. Naik atas katil…urut..urut..urut…hot stone massage sampai terlelap lepas siap dan ditanya. Mahu berendam dalam jakuzi atau mahu mandi terus.

Siap mandi ditanya lagi….mahu air apa? Mahu makan apa? Duduk duduk di sofa…diberi teh halia boleh tahan sedap dgn bubur pulut hitam yg kurang manis (utk diet kut). Tukar baju……keringkan rambut dgn hairdryer…sembur pewangi…make-up skit…taraaa….selesai. 

Sesi urutan best….tak kuat sangat sampai saya boleh tidur. Sebenarnya saya lebih suka urutan thai. Sedikit keras tetapi sangat melegakan. Urut bagus untuk tubuh. Badan jadi sedap..lenguh-lenguh hilang…stress reduce. Saya memang selalu berurut….sebulan sekali…harus. Dah biasa. Addicted? Tak juga…cuma dh macam rutin. Berurut adalah perkara pertama yg saya fikirkan bila hari gaji..hehe

8 sifat LELAKI yang Penyayang

Standard

Dok layan FB, tertarik pulak dgn tajuk di atas dari blog http://penpatah.blogspot.com yg di share teman dari daerah rezeki. Ni saya tempekkan di blog saya buat bacaan diri sendiri dan org lain juga.

1) Suka Haiwan
– Lelaki yang penyayang adalah lelaki yang sukakan haiwan atau binatang, tak kisahla kucing ke, arnab ke, ayam lembu atau apa sahaja. Pendek kata korang tengok reaksi dorang bila ada haiwan nih sebagai contoh dikedai makan, ada kucing datang mengiauwww kat kaki lelaki tu, ada yang sepak teranjang dan halau kucing tu, ada pulak yang bercakap dengan kucing tu ” kenapa?..lapar ye..nah amik ni..” sambil beri tulang atau isi makanan. Haa, bleh tau ke mana yang penyayang?. Lagi satu contoh mudah, lelaki yang ada bela haiwan peliharaan lagi lah menyerlah sifat kasih sayang dia.

2) Suka Kanak-Kanak
– Lelaki yang suka akan kanak-kanak berpotensi menjadi bapa yang baik. Ini kata Dr.Fadilah Kamsah. Sifat kasih sayang dan layanan baik terhadap kanak-kanak sudah sukup mencerminkan dirinya kategori lelaki yang bagaimana. Ada lelaki yang tidak suka berhampiran kanak-kanak, rimas katanya. Tapi kalu lelaki yang buat-buat sayang kat adik korang tu MK tak pasti, nak tekel kakak mesti tekel adik dulu kan..hehe

3) Berat Akan Orang Tua
– Lelaki yang penyayang adalah lelaki yang berat akan orang tuanya. Seperti dia lihat ibunya terkontang-kanting mengangkat kain dijemuran, perasaan tak sampai hati yang wujud mendorongya membantu. Mereka juga akan sedaya upaya meringankan beban orang tuanya tanpa mengharap balasan.

4) Berat Akan Adik-Adik
– Ha korang cuba tgk hubungan dia dgn adik…INGAT, ADIK..bukan adik beradik..bukan kakak atau abangnya. Mengapa MK berkata begitu?. Kerana layanan abang terhadap adik adalah berbeza kerana adiknya lebih kecil yang sudah tentunya menjadi tanggungjawab dia. Tengok samada adakah hubungannya dengan adik rapat dan adik-adiknya menyukainya?. Perhatikan samada mereka bergurau senda atau tidak atau hanya membuat bodo je bila si adik ingin beramain dengannya.. Jika ya, maka dia merupakan lelaki penyayang. Ini berbeza dengan lelaki yang tak suka bermain-main atau melayan karenah adik kecilnya menunjukkan sifat penyayang dalam dirinya kurang

5) Prihatin Terhadap Kawan-Kawan
-Lelaki yang penyayang juga selalu bersikap prihatin atas kesusahan rakan-rakannya. jika ada yang meminta tolong dia tak ragu-ragu membantu sedaya boleh. Baginya kawan juga perlu ada dalam hidup dan perlulah ada sikap bantu-membantu dan tidak pentingkan diri. Tetapi biarlah berpada, bukannya setiap kali dia sahaja menolong atau tak pernah langsug menolong. Perlu ada sifat timbangrasa.

6) Pandai Menjaga Hati Pasangan
-Lelaki yang penyayang memang pandai mengambil hati pasangannya. Tengokklah bila pasangannya sedang berduka, pandai sahaja dia membuat humor untuk menghiburkan hati pasangannya.Kadang-kadang dia suka membuat kejutan bertujuan menggembirakan pasangannya. Jika pasangannya sedih dia juga tidak senang hati

7) Susah Marah
-Lelaki yang penyayang sudah tentunya lelaki yang tidak panas baran dan cepat melenting. Kerana hal kecik pon nak melenting seperti terlewat berjumpa, atau tercalarkan keretanya. Lelaki yang cepat melenting mcmni korang ati-ati la..

8 ) Sentiasa Murah Dengan Senyuman
-Haa korang tengok lelaki tu sejuk je..sentiasa senyum je selalu. Memang tak lokek langsung!.. Ini menandakan dia seorang lelaki yang penyayang. Senyuman yang diukir bertujuan mewujudkan elemen kemesraan kepada sesiapa yang memandangnya. Sebolehnya dia nak menegur semua orang dan berhubungan baik dengan semua orang. Tidak mahu mewujudkan unsur kebencian. Ada lelaki yang masam je mukanya (kalau memang dah azali memang tak leh buat apa), senyum taknak, ditegur buat bodoh je)

Amacam??

Qaseh

Standard

Semalam ke Hentian Kajang. Hantar kanda naik Sani Express menuju ke Kuala Trengganu. Sempat jugalah berfoto di luar dan dalam bas. Macam tak pernah jumpa baslah pulak. Usai lambai-lambai dan lihat bas berlalu pergi, kami pun angkat kaki juga..beransur pulang.

5 minit dalam kereta, Qaseh Fatihah diam saja duduk di belakang.Qaseh! Awak tengah buat apa tu? Tido ye?? tanya saya

Senyap. Izzah di sebelah menjenguk ke belakang.Perlahan Izzah bisik. Ibu, Qaseh ada kat belakang Ibu, sebelah tingkap. Mulut kumat-kamit macam nak nangis.

Qaseh, kenapa? Awak dah mula rindu ayah ye??

Huuuuuwaaaaa…pecah tangis dari budak kecik ni. Bingit. Saya pujuk…janji singgah d Mc’D belikan Happy Meal. Tangisan mereda. Saya tanya…Awak rindu ayah? Qaseh angguk lemah. Saya sambung…OOoo..ayah pergi awak nangis. Masa Ibu dgn Ayah pergi Bandung, awak nangis tak? Dia jawab...nangis lah. Macam nie...sambil tekup muka dgn tangan dan henjut-henjut bahu konon mcm sedih sangat.  Saya senyum.

Tadi petang kanda call dan bercakap dgn Qaseh. Ayah, bila ayah nak balik? Angguk-angguk. Ok. Nanti bila ayah balik, ayah bawak adik dgn ibu pulak naik bas tau. Ibu…..adik…..tapi, kalau kakak…NO..NO..NO (sebab kakak selalu sakat dia agaknya). Abang Yes..Yes..Yes. Along dgn angah pun Yes..Yes..Yes tau ayah. Kakak je tak boleh. Sebab kakak suka kacau adik!!

Errmmm…malam semalam dan malam ni hanya saya , Izzah dan Qaseh. Mesti tidur awal sebab dah selalu sangat tidur kewat malam. Saya dan kanda biasanya jam 12 atau 1 baru masuk tidur. Ini lah masanya untuk cuba mendapatkan tidur yang cukup. 10 mlm hingga 6 pagi…cukuplah 8 jam…wah bestnyer.

Oh ya…tentang Shahir, tadi match dgn pemain  rank pertama pilihan bawah 12. Kalah, Esok ada match lagi….double. Cuba yg terbaik ya sayang…

Sani Express

Standard

Shahir akan ke Trengganu hari Selasa pagi mewakili Putrajaya bagi perlawanan badminton. Kanda akan pergi pada hari Selasa malam Rabu dgn bas. Bas Sani Express. Baru sekejap tadi beli tiket di Hentian Kajang. Oooh..jelesnya.

Hati melonjak-lonjak mahu turut serta dan merasai pengalaman naik bas Sani Express juga tapi….cuti belum dipohon. Kalau mohon pun belum tentu lulus. Kalau lulus pun tentu tuan punya daerah rezeki luluskan dgn separuh hati. Semuanya kerana saya banyak kerja dan sudah pun bercuti hampir 5 hari bulan Februari lepas. Tapi saya memang mahu ikut. Kesihan pula kanda yg harus pergi sendiri..tidak berteman.

Bagaimana? Cuba mohon cuti esok? CUbalah…..mana tahu kalau boleh berjaya. Tak cuba tak tahu..betul tak?

Kanda….saya sangat mahu ikut ke Trengganu dengan bas Sani Express…

Ya Allah..lembutkanlah hati tuan punya rezeki untuk luluskan cuti esok…Amin…..

p/s: Hati berbelah bagi sbb kerja di daerah rezeki masih banyak yg tertangguh…tengoklah macamana nanti.

Beg COACH hadiah hari lahir…

Standard

Ini beg COACH hadiah hari lahir saya dari seorang teman baik…Pearl. Teman baik saya ini pencinta beg jenama ini dan almarinya penuh COACH saja. Berbeza sekali dgn saya yg tidak melihat kepada jenama dan membeli mana yg saya fikir menarik. Beg paling mahal pernah saya beli pun cuma berharga RM250 jenama Liz Clairborne (https://naini74.wordpress.com/2011/11/24/liz- claiborne/) yg duitnya saya kumpul berdikit-dikit.

Beberapa hari membawa beg itu pergi dan pulang kerja…mak puji…cantik. Seminggu dua minggu mak ajak saya ke rumah Pearl. Alasan..mahu minta Pearl belikan yg sama buat mak. Saya tak pick-up…slow. Tak faham yg mak sangat berkenankan beg hadiah hari lahir saya.

Pearl! Ada kat rumah tak?

Napa?

Mak nk datang ziarah. Nak order beg serupa macam yg ko bagi.

Oooiii….susah nak dapat yg sama. Apsal ko tak bagi je beg tu kat mak??

La….kan tu hadiah. Nanti ko kata apa plak. Belikan yg baru lah…aku bayar.

Pn Naini. Apa la ko ni…bagi jelah pada mak beg tu. Dia dah suka. Nanti aku gantikan lah dgn yg lain. Mak dah berkenan tu. Isshhh…ko nie. 

Saya tersedar tiba-tiba. Bengapnya saya. Tak faham hint yg mak beri. Apa salahnya memberikan sesuatu yg kita sayang kepada seseorang yg juga kita amat sayangkan. Berbaloi bukan. Esoknya..sewaktu mahu berpergian ke daerah rezeki saya singgah rumah mak.

Mak, ini untuk mak! kata saya sambil hulurkan beg coach hadiah hari lahir saya pada mak.

Wajah mak ceria. Eeehhh..mak bukan nak beg tu. Mak nak kirim kat Pearl belikan yg lain tapi serupa.

Takpe. Ini saya beri pada mak. Cantik kalau mak pakai. balas saya.

Mak senyum. Senyum yg sampai ke telinga. Senyum yg buat hati saya berbunga bahagia.

Betul ke ni. Bagi mak?? Terima kasih banyak-banyak.  Mak ni macam tak percaya pula. Saya beri ikhlas dari hati tau.

Seperti yg saya sebut awal tadi. Saya bahagia membuatkan orang kesayangan saya bahagia. Hati saya puas. Sepanjang ke daerah rezeki senyum saya menguntum saja di bibir. Terima kasih utk teman saya Pearl yg telah menyedarkan saya.

Untuk Pearl. Tak perlu digantilah sayang. Hadiah itu tidak pergi jauh. Sentiasa dekat dgn saya setiap kali saya lihat mak.

Terima kasih Pearl kerana memberi saya sesuatu yg membahagiakan mak.

Terima kasih banyak untuk hadiah hari jadi itu.

Qaseh 4 tahun

Standard

12 April…Qaseh, budak kecik comel yg petah dah 4 tahun. Sudah semakin besar anak ibu. Mulut awak tu tak habis2 pot pet pot pet. Keletah awak sangat menghiburkan sayang. Di rumah…sentiasa..mandi pun mahu sama ibu….tidur pun mahu sama ibu. Ibu dah kurang privacy tahu. Cuba-cuba juga menyelinap mandi tanpa awak..hasilnya nanti awak memuncung..sambil membebel…terpaksa pulak ibu pujuk dan janji utk mandi bersama lain kali. Ibu, peluklah adik. Kalau ibu tak peluk, adik tak boleh pejam mata la. Peluklah..peluklah. Kalau ibu tak layan…awak bodek ayah pulak. Ayah…..cepatlah peluk adik. Adik tak boooleehhh tidor nie.  Qaseh…Qaseh..awak comel tau…

Tiada celebration hari ini sbb kita dah celebrate di sekolah angah weekend lepas sewaktu Along balik bercuti. Hari ni, ibu hanya bawa awak ke kedai dan belikan apa2 saja yg awak mahu. Cake utk awak pun masih berbaki dlm peti sejuk tu…dgn patung barbienya yg dh hilang ntah ke mana. Awak happy kan..dapat cake macam yg awak idamkan. Sedap pulak tu.

Sayang, ibu doakan semoga anak ibu membesar menjadi anak yg solehah. Semoga anak ibu sihat, bijak, manja, comel macam selalu-selalu. Ibu doakan juga agar nanti anak ibu diberikan kehidupan yang baik lantas mampu mencapai cita-cita menjadi individu yg berjaya kelak di suatu hari nanti. Ibu saaayang anak ibu. Terima kasih kerana menghadirkan diri menceriakan kehidupan ibu, ayah, along, angah, kakak n abang yg sedia ada. Sayaaang awak!

Image

BUNOHAN

Standard

Di wayang..dah lama berlalu. Rancang mahu nonton tidak berjaya kerana ada aral. Akhirnya hanya nonton di Astro First sahaja. Itupun setelah oooo…sommm..dgn anak2 yang mahukan 7 Petala Cinta. Mestilah kami menang sbb kami yg bayar bil astro kan..kan..sorry anak2.

Bunohan…saya beri 4 bintang. Saya dan kanda memang suka layan cerita2 begini. Cerita yg mengajak kita berfikir. Meninggalkan sebaris dialog bisa sahaja membuatkan kita terlepas hint2 yang memberi makna pada jalan cerita.

Bunohan berkisar tentang kisah konflik 3 beradik…Ilham (Faizal Hussein), Bakar (Pekin Ibrahim) dan Adil (Zahiril Adzim) dibantu oleh pelakon lain yg tidak kurang hebat seperti Bront Palare, Wan Hanafi Su, Soffi Jikan juga pelakun tidak dikenali tetapi sama hebat juga.  Faizal Hussein lain dlm cerita ini…ganas tapi juga punya kasih pada darah daging sendiri. lakonannya bagus.

Sinematografi yg hebat. Yg menyebabkan kami berbisik mengiyakan yang Malaysia ini punya tempat2 yg indah. Lokasi paya, sungai yang punya kocak air, lalang tinggi, paya bakau yg mengasyikkan…laut dan pantai penuh misteri…kapal atas darat dan tepi jeti tempat Adil bertarung Muay Thai…kereta buruk membawa Adil lari….bahasa Kelantan yg sejuk telinga mendengarnya…..gerai kopi yg penuh kekampungan..sangat menarik..cantik dan hebat. Saya suka…

Patutlah cerita ini diangkat hebat lalu dipertontonkan di negara luar…diterima dan diakui punya value. Mahu saya review? Sukar. Harus tonton sendiri untuk lebih faham dan menyusuri jalan cerita dgn penuh makna. Tak rugi…percayalah…..

Becok

Standard

Qaseh akan menginjak ke umur 4 tahun beberapa hari lagi. Mulutnya memang becok sungguh. Tutur katanya jelas dan lancar…macam mak nenek.

Pantang di tanya..semua dia nak cerita. Habis lah pecah rahsia rumahtangga kalau gini..hehe

Minggu lepas begitulah…..mak bawa Qaseh singgah daerah rezeki, bertemu kawan-kawan saya…ditanya itu ini….habis semua diceritakan. Pot…pet..pot..pet hingga cerita tentang kanda pergi berurut kaki juga dikhabarkan.

Dalam kereta…saya nasihat…

Qaseh, lain kali kalau kawan ibu tanya..awak jgn cerita banyak-banyak. Awak senyum je tau.

Ibu, orang tanyakan?? Kenalah jawab. Issyyhh..ibu ni…..!!!

Saya geleng. Mak pun geleng.

Sampai ke destinasi, waktu duduk dikelilingi ramai orang…bahu saya dicuit….

Ibu! Ibu nak adik diam kan?? Cepat beli mcm baby tu. Mulut dimuncungkan ke arah bayi kecil yg sedang asyik menyoyot puting. 

Qaseh nak buat apa? tanya saya.

Ye lah. Ibu belilah. Nanti adik buat macam ni (sambil masuk ibu jari dalam mulut dan mulut menyoyot juga)…adik tak cakap banyak-banyak la.

Hehe..saya gelak. Qaseh..qaseh..macam-macam awak nie.

Image