Monthly Archives: April 2016

Kain Dalam

Standard

Ini adalah post ke 2 saya tentang “kain dalam”. Ntah kenapa…saya cukup sensitif bila bercakap mengenai isu ini yg saya kira sangat penting dan harus bagi menjaga aurat sebaiknya.

Tadi lunch..singgah santai2 ke kedai jubah. Ada 2 anak kecil sebaya Qaseh perlahan-lahan hampiri saya waktu saya ralit melihat baju yg tergantung. Dalam masa yg sama saya dengar suara ibu anak ini yg dtg dari arah belakang kedai…mata saya mengekori sehingga ibu ini hampir dgn saya. Dalam hati saya berkata2….ibu ini tak pakai kain dalam dan kainnya jarang sekali. Ohh..mungkin ada seluar tetapi bentuk kakinya clear sangat.

Tiba-tiba si kecil ini bersuara.

“Ibu…….ibu tak pakai kain dalam ke?” Segera saya telan liur. Adoyai…anak ini mungkin melihat saya dok ralit memandang kain ibunya barangkali.

“oohh……ibu pakai seluar……legging”.

Eeerrmm…..saya tunduk. Jawapn yg sukar saya hadam dan terima.

Walau apapun….Istimewa sungguh anak kecil ini. Peka dia terhadap aurat ibunya. Itu tanda anak ini anak yg bijak dan dia sgt sayang pada ibunya.

 

Memperbaiki diri sendiri

Standard

Alhamdulillah…akhirnya saya menulis semula. Rindu yg sarat tetapi kemalasan menulis membuatkan luahan dan cerita2 menarik hanya berlalu pergi begitu saja.

Saya baru sebut Alhamdulillah…yg ertinya adalah “All prise due to GOD alone” / “Segala puji hanya bagi ALLAH SWT”.  Kita menyebut ini setiap hari…jam…minit..SubhanALLAH.

Pagi ini sewaktu membeli sarapan pagi..tuan punya gerai bertanyanya khabar kpd customernya yg sedang sibuk memilih kuih. Seorang lelaki dlm lingkungan 40an. Jawapan lelaki ini tentang khabarnya membuat hati saya berkata2 sendiri.

“Khabar…mcm tulah. Alhammmmdu……….tak boleh sambung lagi sebab gula naik 14 malam td.”

Apa maknanya itu? Kenapa tidak di teruskan sahaja ayat tersebut….sekurang-kurangnya kita perlu bersyukur ke hadratnya kerana masih di beri nafas pagi ini kan.

Segera saya buangkan pandangan negatif…dan bersangka baik sahaja. Mungkin lelaki 40an ini tidak berapa faham maksud perkataan Alhamdulillah yg disebutnya sering.

Saya….melihat dalam diri. Makna2 bacaan dalam solat juga masih belum saya hafal kesemuanya. Patutlah khusyuk waktu menunaikan solat hanya bertahan beberapa minit…mungkin saat.

SubhanALLAH…….saya belajar menilai diri melalui org lain hari ini.