Monthly Archives: January 2014

Sabrina @ PLKN Pelangi Hill Resort

Image

imageKe sana selepas 2 minggu Along lapor diri. Dah ada kawan baru….masih happy2 dan belum kurus sebab 2 minggu hanya buat latihan kawad yg ringan2 sambil dengar ceramah..motivasi dll. Parent hanya boleh  datang melawat pada hari Ahad dan tidak boleh bawa pelatih keluar tanpa sebab kukuh. Merayu-rayu mohon dituliskan surat untuk pulang CNY nanti. Surat dah di hantar tadi melalui  fax…..tunggu kelulusan sehari dua ini

.

PLKN Pelangi Hill Resort menarik…cuacanya tak panas sangat..pemandangannya indah dikelilingi bukit bukau. Udaranya tentu nyamankan. Prasarana kem masih terkesan baru. Mungkin baru beberapa batch sahaja yg tinggal disini sebelumnya. Ada beberapa wakaf bersih utk keluarga menjamu selera dgn bekalan dibawa dari rumah waima dibeli di luar. Kalau ramai pelawat..sila spare tikar sebagai alas duduk. Bentang tikar dicelah2 pokok dengan angin bukit juga menarik.

Along berkemeja biru hari ni. Teruja pula nak lihat Along dgn baju celoreng biru….hihi. Tak sabar juga mahu dengar Along bercerita tentang pengalaman yg dilalui di PLKN Pelangi Hill Resort bila pulang semasa cuti CNY nanti.

Ini utk Along ketika hadapi hari dan aktiviti sukar. Stay positif my love. Caiyok !!

Trip ke Jogjakarta (Yogyakarta) : Nov 2012

Standard

Ini kesah di tahun 2012 tapi tak sempat nak di catatkan dalam blog. Sebelum trip sekeluarga ke Jakarta Bandung…ada juga beberapa kali berpeluang berpergian dgn kawan-kawan baik. Itu yg sampai simpan azam dalam hati utk jejak juga satu hari nanti bersama insan-insan tersayang..mak dan anak2. Akhirnya Allah makbulkan doa dan permudahkan urusan…syukur Alhamdulillah.

Percutian ke Jogjakarta yg dulunya ibunegara Indonesia sebelum ditukarkan kepada Jakarta kini.. adalah percutian yg dirancang di saat akhir. Kak Wanie, bos aka teman baik di daerah rezeki yg beri usul. Jemu di negara omputih semasa berpeluang menuntut ilmu dulu jadinya kepingin pula mahu ke negara yg warganya berkulit sawo matang..hihi. Kami pergi berdua usai waktu kerja hari Jumaat. Hotel hanya ditempah di sana saat tiba dgn bantuan teman Jogja..Nurun Laasara. Mujur ada bilik yg masih kosong dgn harga hampir RM100 semalam.

Image

Tiba di Jogja hampir Maghrib, dari Bandara cari taxi bluebird dgn bayaran Rp60,000 ke Jalan Dagen…cari hotel dan kemudian isi perut ditemani Nurun dan anak. Kemudian jalan-jalan di kaki lima yg banyak dengan kedai-kedai cenderamata dan batik. Malamnya meriah..ada muzik jalanan dan yg paling penting..rasa sangat selamat.Sebelum balik ke hotel…sempat juga singgah Spa Muslimah…massage dan lulur merehatkan badan. Lepas balik kerja lah katakan…..sampai tertidur2 masa mengurut.

JogjaDay1

Esok pagi lepas breakfast, cari shuttle utk ke Candi Prambanan dan Candi Borobudur. Dari pintu masuk harus naik shuttle juga sebab kawasannya sangatlah luas. Panjat Candi Borobudur hingga puncak sampai mengah-mengah capek untuk dapatkan view yg  ok. Pemandangan yg subhanALLAh cantik kena pulak dgn angin sepoi-sepoi..sukar nk digambarkan. Sila ambil gambar dgn simetri yg betul agar hasilnya terbaek. Candi Parambanan dikatakan antara candi tercantik di Indonesia…ya..memang kalau dari jauh kelihatan seakan-akan istana yg dibuat dari pasir pantai. Tika melangkah masuk..akan diminta mengikut adat.. pakai kain seakan-akan sampin. Yg tak reti pakai…usah bimbang deh..ada aja yg bisa bantu makaiin kainnya…hehe.

Jogja2

Jogja3

Mahu ke Gunung Merapi tetapi cuaca tak berapa baik jadi hanya mampu melihat dari jauh. Tak berapa nampak sgt sebab terlalu banyak awan. Kesan batu-batu besar yg jatuh masih jelas kelihatan dan akhirnya perut pun dah mula lapar. Bercakap tentang makanan…di sini tiada masaalah langsung. Jika di Bandung, ada makanan Sunda yg agak manis dan makanan padang yg sedap..di sini makanannya pun boleh tahan. Rasa jawanya melekat…i like. Restoran halal terlalu banyak jadi jgn ada rasa risau dan bimbang.

Jogja4

Kami juga berpeluang singgah di Taman Sari..istana air lama yg cerita raja, permaisuri, gundik dan anak2 raja sungguh menarik. Jgn bimbang….di situ ada nanti yg akan bercerita tentang kehidupan raja ini hidup sehari-harian di istana yg dulunya megah. Dikeliling istana lama ini…beberapa rumah didirikan hadiah raja kepada isteri-isteri dan masih ada ramai yg berdarah raja masih menetap di situ.

Istana

Di bawah adalah Keraton Yogyakarta.. tempat tinggal kesultanan Jogja bersekali dgn museum kebudayaan Jawa. Ya….Sultan Jogja ada di bahagian lain kawasan yg sama dan masih lagi menjalani kehidupan dan tradisi kesultanan sehingga hari ini. Kawasannya luas terbahagi kpd beberapa bahagian yg didalamnya dipenuhi perkakasan lama kegunaan di istana, hadiah2 utk sultan dari eropah serta bermacam2 lagi termasuk persembahan gamelan utk hawa telinga.

Jogja 5

Berbeca ke jalan Malioboro yg kaya dgn kedai makan lesehan dgn makanan2 khas Jogja memang menarik. Sempat juga ke pasar pagi di sana.  Baju dan kain batik memang cantik-cantik. Sempatlah juga sambar sepasang dua utk diri sendiri dan anak-anak. Harga pun tak mahal sgt..cuma bila niat awal tak mahu bershopping makanya ongkosnya ngak cukup…lagi harus ditukarin di sana..waduh udah mahal. Banyak juga makanan2 pelik tapi amat menarik yg tak berani nk cuba…pecelnye mengiurkan….ulam-ulaman..perghh…..telan liur je la.

Jogja 6Berbanding Jakarta, Bandung dan Jogjakarta..saya pilih Jogja sebagai tempat bercuti yg paling saya suka. Saya mahu dtg lagi kalau diberi peluang. Kenapa?? Sebab…di Jogja penduduknya baik dan ramah, berada di sana rasa bimbang hanya wujud sebentar-sebentar malah rasa selamat macam kat kampung sendiri. Makanannya sedap dan halal belaka…teh botol pun saya suka. Kalau di Bandung dan jakarta, melihat yg meminta-minta itu sering..tetapi di sini selama 4 hari saya ke sini ke sana..saya hanya jumpa 2 peminta sedekah. Mereka di sini tidak suka meminta-minta dah berusaha kerja semampu daya hinggakan jika batu sungai boleh di pecah dan di jual juga sanggup. Jogja tak sesak macam Jakarta dan bandung…kehidupan disini lebih santai dan jgn terkejut kerana ramai juga pelajar malaysia yg kami jumpa. Berada di sini…kehidupan sehari-harian masih kekal dgn keislamannya…saya sangat suka. Kehidupan sosial anak2 mudanya masih terkawal.

Sesungguhnya berada di bumi yg tidak berapa nak asing ini bersama Kak Wanie, adalah kenangan manis yg akan dikenang sampai bila-bila. Insiden naik beca. insiden beli tiket masuk Candi, insiden bercakap menggunakan bahasa indonesia dan macam-macam lagi membuatkan saya bisa saja senyum sorang-sorang seringkali. Ada rezeki bercuti dgn Kak Ruslina pula nanti….

Sabrina….PLKN

Standard

Sabrina dapat panggilan pertama PLKN. Kejap nak pegi..kejap tak mau. Excited sebab ada few friends yg dapat pi sekali..tak excited sbb dah biasa dok hostel…kembali menjauhdari keluarga n nak kena kawad semua….tak suka…but..rather duduk rumah membesarkan badan baiklah ke PLKN untuk kurus katanya. Up to u my dear……..

Pagi Ahad, berkumpul di Presint 3 belakang Istana Kehakiman. Banyaknye bas…ramainye remaja. Keterujaan menggunung. Daftar…masuk bas…..bye..bye dgn pesanan “Ibu jgn lupa datang every 2 weeks tau..pleaseeeee”.

Day 1 sms “Ibu, Along tak reti nak adapt lagi 😦 Doakan Aloang ya. (Teringat semasa mula2 masuk asrama dulu..sedih plak tetiba).

Day 2 sms “Along nak pi breakfast. Nak balik 😦 ” . Saya jawab.. “Oit”. (Tak layan sebab saya yakin Along Ok….walau terpaksa ambil masa.

Day 3 sms “Along dah ok sikit. Kirim salam semua and doakan along boleh adapt tau Bu. Sayang semua”.

Lepas tu phone kena simpan. Dah hampir 2 minggu. Sabrina dah OK saya harap. Tunggu Ahad ni mahu menjenguk. Apa khabar kesayangan saya agaknya……

Image

 

Percutian keluarga ke Jakarta & Bandung 16/12/13 : Day 6

Standard

Dah sampai masa mahu pulang ke tanah air sendiri. Bumi Bandung akan ditinggalkan dengan penuh kenangan manis. Alangkah bestnya kalau boleh sambung cuti sambil bersantai-santai lagi. Apakan daya..jutawan sudah hampir muflis. Duit juta-jutaan hanya udah tinggal ratus-ratusan. Aku yg dulu bukanlah yg sekarang…hah tu dia melalut sudah.

Minum pagi terakhir di Ahadiat Hotel sebelum berangkat. Kena keluar awal sebab nak singgah Monas dan Masjid Istiqlal. Harus aja jalannya macet segala dan memang macet gila-gila punya, Hampir 4 jam baru sampai Jakarta. Macamana lah kehidupan di bumi yg sesak begini. Keretanya ya ampun..terlalu banyak dijalanraya. Kehidupan sesak inilah yg menyebabkan warga Jakarta yg mampu akan naik ke Bandung bila weekend sekadar rehat-rehat sambil makan-minum yg enak2 tanpa perlu rasa stress agaknya.

Image

 

Untuk yg bercadang ke Jakarta Bandung…..perjalanan lebih mudah kalau travel di sebelah malam. Sebelah siang adalah sangat sibuk dan masa hanya akan terbuang di jalanraya sampai punggung hampir kematu dibuatnya….letih. Sampai di Monas sewaktu matahari sudah tegak di kepala. Monas adalah landmark atau monumen nasional Indonesia yg terletak di Merdeka Square. Hujung tugu katanya diperbuat dari emas melambangkan semangat perjuangan menyala-nyala rakyat Indonesia ketika itu.

Image

Selesai di Monas, sempat juga singgah ke Masjid Istiqlal yg dikatakan antara terbesar di Asia Tenggara. Rasa macam lebih kurang sama besar dgn masjid2 di Malaysia…entahlah. Di luar masjid sempat pulak saya berbalah dgn mak cik yg mengenakan bayaran RM1 utk plastik hitam kecil buat menyimpan kasut. Saya tidak puas-hati kenapa mahal sgt. Izzah yg pemurah cepat pulak menghulurkan duit…ishh..isshh. Sakit pulak hati ni. Itulah….kelansungan hidup di kota besar jakarta yg menyukarkan insan kesempitan…..keterpaksaan menghalalkan cara….eerrmmm….

Image

On the way ke airport, singgah dulu makan nasi padang. Foto tarak sebab semua dah lapar sangat. Flight balik jam 7 malam…..semua dah letih…..

Image

Bumi Jakarta kami tinggalkan. Sampai juga hajat mahu bawa family ke sini. Impian yg terlaksana. Senyum saya dan kanda sampai ke pipi walau badan dah mula rasa letih yg amat sangat. Anak2 happy…….mak n maklong ralat sebab tak bekesempatan singgah semula ke Tanah Abang akibat kesuntukkan masa. Walau apapun..semua sangat gembira kerana dapat sampai ke Tangkuban Perahu dan Puncak melihat sendiri keindahan bumi ciptaan Yg Maha Kuasa. Kawah Putih tak sempat dikunjungi kerana masa dan keadaan yg tidak mengizinkan. Terima kasih tidak terhingga kepada orang-orang Bandung dan Jakarta yg manis-manis dan sangat peramah. In shaa Allah kalau ada rezeki…kami datang lagi.

Percutian keluarga ke Jakarta & Bandung 15/12/13 : Day 5

Standard

Dah beberapa hari stuck…mcm busy bebenor. Lepas Shafiq tak sihat dan kemudian alhamdulillah recover, di daerah rezeki ada pula visit dari JPT yg menyebabkan masa byk diperuntukkan di pejabat menyelesaikan apa yg belum sudah. Hari ni menghantar Mak ke KLIA bagi menunaikan Umrah dan esok…Sabrina ke PLKN pulak. Alhamdulillah dapat dekat di KKB….lega. Cerita tentang percutian keluarga di Bandung & Jakarta masih berbaki.

Hari ke 5, Qaseh, Shafiq dan Shahir dah tak tertahan. Tiap kali breakfast, kolam mandi disebelah seakan memanggil ajak berenang. Hari-hari sebelumnya, keluar pagi..balik malam maka tak sempatlah jawabnya. Tambahan pula di Bandung ni cuacanya sejuk bangat…..tanpa air hangat di kamar mandi…mahu gigil dibuatnya bila air menyentuh kulit. Dek kerana tidak tertahan…tiga2 dah terjun masuk kolam sambil breakfast sampai biru-biru bibir.

swimming

Hari ni redah Jalan Cihampelas. Beli kerepek tempe dan mcm2 lagi utk buah tangan sambil menyusuri kedai-kedai yg menjual pelbagai barangan sesuai utk anak2 muda. Di sini..kedai-kedai mengikut tema karikatur kartun atau superhero. Harga boleh runding tapi berbanding Pasar baru…di sini harga mahal sikit.

cihampelas1

CihampelasDah penat jalan, perut pun berdangdut. Kanda ajak makan di Restoren Gampoeng Acheh di Jalan Dago. Tahun lepas di sinilah tempat kami melepak bila rindu nak makan roti canai n teh tarik. Jalan kaki je dari hotel Karmila tempat kami stay dulu. Di sebelah hotel pun ada kedai perfume tak ori yg berbau mcm ori dgn harga mampu beli. Nasi goreng dan roti canai kambing jadi pilihan kami di Gamboeng Acheh.

GampoengAchehMak n mak long sempat sambar batu gesek buat sambal dari budak2 kecil di depan kedai? Kenapa beli? Kesihan katanya. Batu tu entahkan betul batu atau hanya simen….siapa tahu? Lepas makan…semua dah letih. Mak n mak long mahu pulang awal…berehat sambil kemas barang sebab esok dah nak berangkat pulang. Rugi stay hotel best tapi asyik keluar aje kata  Mak. Anak2 pun nak balik juga. Saya n kanda ada plan lain. Mahu rehatkan badan…huhu. Jom ke Mariaty’s…
imageMurah bangat rega package manjakan badan di sini. Urut + simple facial + lulur + tangas hanya RM75 utk 3 jam setengah. Di Malaysia mana bisa dapat harga segini..hehe
image

 

Sempat juga ke Kartika Sari beli brownies buat ole2 balik Malaysia nanti.

image