Category Archives: Uncategorized

Kain Dalam

Standard

Ini adalah post ke 2 saya tentang “kain dalam”. Ntah kenapa…saya cukup sensitif bila bercakap mengenai isu ini yg saya kira sangat penting dan harus bagi menjaga aurat sebaiknya.

Tadi lunch..singgah santai2 ke kedai jubah. Ada 2 anak kecil sebaya Qaseh perlahan-lahan hampiri saya waktu saya ralit melihat baju yg tergantung. Dalam masa yg sama saya dengar suara ibu anak ini yg dtg dari arah belakang kedai…mata saya mengekori sehingga ibu ini hampir dgn saya. Dalam hati saya berkata2….ibu ini tak pakai kain dalam dan kainnya jarang sekali. Ohh..mungkin ada seluar tetapi bentuk kakinya clear sangat.

Tiba-tiba si kecil ini bersuara.

“Ibu…….ibu tak pakai kain dalam ke?” Segera saya telan liur. Adoyai…anak ini mungkin melihat saya dok ralit memandang kain ibunya barangkali.

“oohh……ibu pakai seluar……legging”.

Eeerrmm…..saya tunduk. Jawapn yg sukar saya hadam dan terima.

Walau apapun….Istimewa sungguh anak kecil ini. Peka dia terhadap aurat ibunya. Itu tanda anak ini anak yg bijak dan dia sgt sayang pada ibunya.

 

Advertisements

Memperbaiki diri sendiri

Standard

Alhamdulillah…akhirnya saya menulis semula. Rindu yg sarat tetapi kemalasan menulis membuatkan luahan dan cerita2 menarik hanya berlalu pergi begitu saja.

Saya baru sebut Alhamdulillah…yg ertinya adalah “All prise due to GOD alone” / “Segala puji hanya bagi ALLAH SWT”.  Kita menyebut ini setiap hari…jam…minit..SubhanALLAH.

Pagi ini sewaktu membeli sarapan pagi..tuan punya gerai bertanyanya khabar kpd customernya yg sedang sibuk memilih kuih. Seorang lelaki dlm lingkungan 40an. Jawapan lelaki ini tentang khabarnya membuat hati saya berkata2 sendiri.

“Khabar…mcm tulah. Alhammmmdu……….tak boleh sambung lagi sebab gula naik 14 malam td.”

Apa maknanya itu? Kenapa tidak di teruskan sahaja ayat tersebut….sekurang-kurangnya kita perlu bersyukur ke hadratnya kerana masih di beri nafas pagi ini kan.

Segera saya buangkan pandangan negatif…dan bersangka baik sahaja. Mungkin lelaki 40an ini tidak berapa faham maksud perkataan Alhamdulillah yg disebutnya sering.

Saya….melihat dalam diri. Makna2 bacaan dalam solat juga masih belum saya hafal kesemuanya. Patutlah khusyuk waktu menunaikan solat hanya bertahan beberapa minit…mungkin saat.

SubhanALLAH…….saya belajar menilai diri melalui org lain hari ini.

 

 

 

 

 

 

Hana Maira’a dah 1 tahun

Standard

IMG_20150815_191102 Sayang ibu Hana Maira’a dah setahun hari ni.

Sekejap je rasanya Hana yg ibu kendung masa bayi dah besar…dah boleh berjalan kedek-kedek terhuyung hayang. Dah ada gigi 6 batang.. dah pandai tunjuk perasaan bila kena marah…dah pandai buat muka…merajuk dan buli kakak n abang. Badan je halus tapi suka sangat makan. Kalau nampak plastik..cepat2 suh buka..nak makan….sebijik macam ibu kan.

Alhamdulillah Hana Maira’a selama setahun ni sihat walafiat. Pernah demam beserta batuk selsema pun sekali je. Pi injection tak pernah menangis, Hantar ke babysitter pun orite je. Takdelah sampai kasi ibu huru hara pepagi. Thank you for being such a good n adorable baby my dear.

Syukur ibu kepada Allah SWT kerana beri hadiah paling bernilai di saat ibu menginjak fasa 40an. Terima kasih kerana hadir menceriakan lagi rumah ibu yg sememangnya tak pernah sunyi.

Ibu sayang Hana Mira’a sangat-sangat. Hari2 pi kerja wajah hana je yg terbayang2. Wajah ayah..along..angah..kakak izzah..abg shahir..n kak chik masih sentiasa ada tapi yg banyaknya wajah n kerenah awak sampai tak sabar2 ibu nk balik rumah selalu.

Abah…..

Standard

IMG-20150810-WA0014

Lama dah tidak menulis. Terlalu banyak yang ingin dikhabarkan tetapi tak tahu bagaimana. Mahu dititipkan satu2,,,panjang pula nanti jadinya, Ikut saja otak dan tangan menekan kekunci…setakat mana dan perkhabaran bagaimanakah nanti mahu dinukilkan.

07 Ogos lepas abah aka hero saya diserang stroke. Abah punya sikap yang suka menyembunyikan sakit.

Petang sebelumnya abah mengadu tangannya kebas. Esok pagi sewaktu saya singgah seperti biasa..terlihat abah lena di kerusi malas. Itu bukan sikap biasa abah. Selalunya waktu saya singgah abah akan ralit membaca Al Quran. Saya tegur dan abah pandang saya sekilas. Ngantuk katanya. Waktu saya keluar,,,,mak bisik. “Semalam abah ko cakapnya tak berapa jelas….demam agaknya”. Saya langsung tak sedap hati, Kepada Along yg sedang tunggu panggilan belajar saya pesan..tengokkan atuk. Apa2 hal call ibu segera, Pesan saya diterima Along dengan anggukan faham.

Di ruang kerja….saya masih tidak sedap hati. Selang 2 jam saya sms Along bertanyakan khabar abah. “Atuk mengantuk. Buka mata sekejap dan tidur balik. Solat Jumaat pun tak larat pegi”. Mendengarkan itu saya yakin ada sesuatu yg tidak kena. Abah tidak akan culas solat Jumaat dan biasanya pergi awal, Jam dah menunjuk ke angka 12 tengahari.

Segera saya bergegas pulang….sampai dan lihat abah masih di kerusi yang sama. Saya panggil nama abah…rasa badannya adakah demam dan ketika tangannya saya capai….terkejut saya betapa bengkaknya tangan abah. Cepat2 saya pujuk ke hospital…..digeleng2kan kepala. Saya pujuk lagi dgn janji hanya bawa ke klinik…baru abah setuju. Bercakap memang tidak jelas langsung. Stroke bermain di fikiran saya. usai di klinik..abah di rujuk ke Serdang hospital. 3 hari dalam wad…abah balik dgn badan sebelah kanan tiada upaya.

Hari ni hari ke 40…..Alhamdulillah dan syukur kpd Allah progress abah nampak sangat positif. Abah dah boleh bercakap walau ada yg tidak jelas. Boleh juga berdiri sendiri dgn bantuan….senang nak move dari katil ke wheelchair. Dah boleh gelak2 senyum dgn telatah Rara.

Berdoa lagi dan lagi agar abah diberi kesembuhan. Di kuatkan semangat untuk terus yakin boleh pulih.

Terima kasih Allah.

Tanggung-jawab

Standard

Pagi ini

Semasa breakfast dgn kanda..ada 2 susuk tubuh kecik dan 1 susuk tubuh besar memintas. Susuk tubuh kecil dalam anggaran umur 6 dan 5 tahun. Tertarik dgn dialog yg dituturkan:-

Abang : Adik…nanti..nanti. Bagi abang jalan dulu. Adik ikut belakang. Adik akur. Abang di beri laluan. Sampai di parking motor.

Abang : Adik..naik dulu. Abang duduk belakang tau. Nanti adik jatuh.

Saya pandang susuk tubuh besar, Kami berbalas senyum  Kecil2 dah punya sifat tanggungjawab. Pandai sekali mahu nak protect keselamatan adik kecik. Syabas.

Semalam

Saya nonton satu variety show. Perihal pengorbanan yg mcm2. Tertarik dgn pengorbanan yg satu ini.

Dari kecik membesar bersama emak. Anak tunggal. Kais pagi makan pagi..kais petang makan ptg hinggakan selama membesar menghabiskan sekolah…terus-terusan berpindah randah lantaran tidak mampu membayar sewa. Mak ambik upah kemas rumah orang dan cuci baju.

Satu hari timbul tekad. Selesai sekolah mahu lekas-lekas kerja dan kumpul duit buat beli rumah untuk mak. Tidak mahu lagi dihalau2 macam dulu-dulu.

10 tahun mengumpul…mak dah dibelikan rumah. Hadiah paling besar utk mak. Masa muda 10 tahun digantikan dengan rumah tersergam buat mak sebelum menutup mata. 10 tahun masa muda tidak dirasai anak muda ini. Membeli belah….bersukaria dgn kawan2 dibaling jauh2. Rasa tanggungjawab korbankan masa muda akhirnya berbaloi.

Image result for responsibility

GST

Standard

Terima kasih Allah kerana memberi peluang bernafas pagi ini. Syukur.

Pagi ni kelam kabut sikit. Ambil tugas kanda menghantar Anwar Shahir ke sekolah kerana kanda harus rehat baik2. Rehat sehingga kesihatan kembali pulih seperti dulu-dulu.

Sempat minum pagi dan kemudian teringat mahu beli mineral water. Biasanya singgah di kedai runcit Pinggiran Putra tetapi gatal pulak nak membeli belah di Petronas Presint 9. Ambil mineral water 1500ml dan bayar di kaunter. Adik kaunter scan..tertera RM2.40 di screen. Kat tangan ada RM2.20 je sama dgn nilai yg tertulis di pintu peti sejuk.

Saya pandang adik kaunter…adik kaunter pandang saya sambil jawab…” GST kak”. Malas mahu berbasa basi…saya cari syiling 20sen dalam beg dan beri pada adik kaunter. Dia senyum…saya blurr.

Masuk dalam kereta sambil pandu 80km sejam..otak saya ligat berfikir. GST? GST? Eeerrm…..bukankah hanya akan bermula April nanti. Yg lebih 20 sen tadi apa?

Tiba-tiba..rasa menyesal pulak menyinggah di Petronas pagi ini.

Singgahan yg membuatkan pagi Isnin saya rasa terbeban-beban…..haha

 

Selamat Tahun Baru 2015

Standard

Selamat Tahun Baru 2015.
Apa azam tahun baru? Azam memang macam2 sampaikan azam tahun yg dulu-dulu pun masih ada yg berbaki….tak sudah…tak selesai. Tahun ini saya berazam yg biasa-biasa saja. Menjadi isteri dan ibu yg baik itu pasti. Mahu jadi anak dan menantu yg baik juga. Maklumlah..nak jadi yg sempurna itu sukar. Juga mahu menjadi hamba yg baik untukNYA. Terlalu banyak yg dikurniakan…terlalu sedikit yg dibalas sebagai tanda terima kasih. Berhutang terlalu banyak denganNYA tetapi tetap juga DIA beri ruang dan peluang. Jom sama2 berazam khatam quran sebulan sekali tahun ini…in shaa Allah.
Awal tahun ni isi rumah saya penuh. Rumah tak lah besar mana…jadi dengan kami berlapan di rumah terasa rumah dah cukup sempit. Walau sempit mana sekalipun….saya happy sangat sebab anak2 ada depan mata. Along masih cuti sem….Angah menunggu result SPM…Izzah, Shahir, Qaseh dan Hana…wah..meriah dan betapa bahagianya saya ada anak2 disamping.
Saya juga berazam untuk rajin menulis semula. Seronok sebenarnya bila boleh membaca catatan-catatan lama. Bibir mudah saya meruncing senyum..hati bisa saja mekar bahagia apatah lagi melihat foto-foto seiring perkembangan usia.
Itulah sebabnya saya hanya suka mencoretkan yg manis2. Mahu mengingatkan yg gembira-gembira saja agar positif senantiasa.